| apakh maksud nasuha? | Nasuha merupakan nama satu watak dalam suatu kisah benar. Dalam cerita tersebut Nasuha telah membuat sesuatu kesalahan dan apabila dia menyedari akan kesalahan tersebut beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang tiada orang sebelumnya bertaubat sepertinya. Taubatnya itu diterima Allah. Dan namanya itu sering dikaitkan dengan taubat: 'Taubat Nasuha' yang bermaksud "semurni-murni taubat". Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai | Makna | 18.05.2009 |
| Tuan, Kata sendi seperti demi untuk, dan kata hubung jika sekiranya memang tidak boleh digunakan serentak. Soalan saya bolehkah kita menggunakan kata sendirti 'hingga ke' atau 'hingga kepada' secara serentak untuk tujuan penegasan? Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Ali masih belum bertaubat hingga ke hari ini. Nasib malangnya berlanjutkan hingga kepada anak isterinya. Sekian, terima kasih. Chan Soon Aun | Pengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. Sila ruku buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 08.07.2010 |
| Apakah ejaan "tobat lahum" yang sebenar yang biasa disebut-sebut orang Melayu? Dan apakah maknanya? | Tiada maklumat tentang kata "tobat lahum" dalam kamus terbitan DBP, khususnya dalam kamus bahasa Melayu. Analisis awal mendapati kata ini merupakan nama jenama. Satu lagi penggunaan membawa makna bertaubat dengan bersungguh-sungguh untuk tidak lagi melakukan sesuatu. | Makna | 24.10.2024 |
| lampiran | Salam sejahtera, Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), kebohongan ialah hal atau sesuatu yang bohong manakala pembohongan pula ialah perbuatan membohongi atau membohongkan. Saya sertakan contoh penggunaan daripada data korpus DBP untuk rujukan: kebohongan 1. ...lelaki itu membongkar kebohongan manusia dalam kehidupan secara sinis. 2. ...ditambah dengan hal-hal yang tidak pernah terjadi, atau dipenuhi dengan kepalsuan dan kebohongan. 3. Segala tipu muslihat, kebohongan dan sebagainya digunakan. pembohongan 1. ... tergamak melakukan pembohongan hanya untuk menghalalkan serangannya itu. 2. Dia bertaubat dan sedar atas kesilapan dia kerana sudah terlalu banyak pembohongan yang dilakukan membuatkan kami marah. 3. ...mereka tidak henti-henti membuat pembohongan berhubung isu itu... Kejujuran pula membawa maksud sifat jujur, iaitu bebas daripada pura-pura atau tipu daya.
| Makna | 25.01.2025 |