Pengunaan huruf yang betul.Bertempat di Kelas 3 Bestari atau Bertempat di kelas 3 Bestari. | Penggunaan huruf yang betul ialah Bertempat di Kelas 3 Bestari | Tatabahasa | 09.05.2016 |
Selamat sejahtera encik/puan. 1. Minggu Sihat dan Cergas akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. 2. Minggu Sihat dan Cergas bertempat di dewan Taman Impian. adakah kedua-dua ayat ini betul? ayat 1 tiada letak pukul 5.30 petang dan ayat 2 kata dewan d huruf kecil. terima kasih. | Berdasarkan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah, "Minggu sihat dan cergas akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Minggu sihat dan cergas bertempat di Dewan Taman Impian." | Lain-lain | 16.01.2023 |
MOHON SEMAK STRUKTUR AYAT INI: PERSIDANGAN INI DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 20 OGOS 2016 BERTEMPAT DI HOTEL........... | Persidangan ini dijangka akan diadakan pada 20 Ogos 2016 di Hotel Merdeka. | Tatabahasa | 01.08.2016 |
Salam.. Bagaimanakah cara penggunaan perkataan pada penerangan yang diletakkan di setiap gambar di dalam buku laporan tahunan jabatan?Adakah setiap perkatan di letakkan huruf besar atau permulaan ayat sahaja atau kedua-duanya blh digunakan.. contoh : Gambar 1 : Kakitangan Yang Hadir Di Majlis Ceramah Agama Bertempat Di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. atau Gambar 1 : Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. yang mana satukah harus d gunakan bagi penerangan gambar yang akan diletakkan? | Lazimnya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali ada nama khas dalam keterangan gambar tersebut, seperti "Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka". | Ejaan | 04.10.2011 |
Suhaiza Ibrahim WED Dec 16 11:31AM Salam... saya just nak confirmkan Jualan Gudang DBP ni bermula pada 19hb Disember bertempat di Kedai Buku DBP di Hulu Kelang kan? Sebab saya tak menjumpai sebarang maklumat mengenainya menerusi laman web DBP. Satu lagi, boleh bagi alamat lengkap tak untuk Kedai DBP Hulu Kelang? Terima kasih... | Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-41012409 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.12.2015 |
Pada 14 November 2017, sekitar jam 9.13 pagi saya telah masukkan RM30 untuk bayaran kelulusan pengiklanan DBP. Mesin CDM yang saya gunakan bertempat di SP Plaza Sungai Petani. Nombor akaun 14023010018002. Mesin tersebut tidak mengeluarkan resit. Oleh itu tiada bukti bagi pihak saya untuk dirujuk. Mohon pihak tun semak dan maklumkan kepada saya. Terima kasih. | Mohon tuan menelefon kami di Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21472000/9400/9500 dan memaklumkan perkara ini serta memberikan nombor permohonan supaya kami berusaha mengesan bayaran yang telah diterima. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 14.11.2017 |
Penggunaan nama Putrajaya Story. Info berkaitan Putrajaya Story seperti dibawah. Putrajaya Story merupakan tarikan baharu pelancong domestik dan antarabangsa yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Bertempat bersebelahan Dataran Putra, Putrajaya Story bertujuan untuk menyediakan kepada pengunjung dengan konsep 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya. Ini adalah tempat yang menarik untuk pergi jika pelawat ingin memahami keunikan Putrajaya. Nama Putrajaya Story ini di pilih bagi menceritakan semua himpuan kisah yang berkisar tentang Putrajaya dari Prang Besar hingga Putrajaya hingga kini. | Untuk permohonan tentang cadangan penamaan, sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa.my. Cadangan pihak kami bagi penamaan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu ialah GALERI PUTRAJAYA. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "galeri" ialah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya. Pemilihan perkataan galeri ini sudah memadai bagi merujuk tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara yang diadakan di Putrajaya. | Istilah | 28.07.2022 |
Assalamaulaikum. Untuk makluman, bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan menganjurkan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota (Sukan Dwi Tahunan) LPP 2022 pada 11-14 Mac 2022 bertempat di USIM. Program ini tiada Majlis Pembukaan (Perasmian) tetapi akan diadakan Majlis Penutupan pada 13 Mac jam 4.30 petang oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Soalan Adakah penggunaan ayat Majlis Penutupan itu sesuai/boleh digunakan walhal tiada Majlis Pembukaan(perasmian) diadakan. Apakah tajuk sesuai untuk majlis tersebut? Terima kasih. | "Majlis Penutupan" boleh digunakan. | Lain-lain | 05.03.2022 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan . | Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020. Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020 bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO). Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation). Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia) dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH). Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim. Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health. Sepanjang seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang. Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2020 |