1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2. | Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
burung-burung yang berterbangan pada waktu petang... ( burung-burung salah atau berterbangan?) | Ayat yang betul ialah "Burung berterbangan pada waktu petang". Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menerima apitan ber...an yang membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak' maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
1) Beburung berterbangan (betul / salah) 2) Burung berterbangan (betul/salah) 3) Dedaun berguguran (betul/salah) 4) Daun berguguran (betul/salah) 5) Banyak jenis sayur-sayuran/ kuih-muih(betul/salah) 6) Banyak jenis sayur/kuih(betul/salah) 7) Pelbagai sayur-mayur(betul/salah) | Dari aspek semantik, ungkapan yang betul ialah: Burung berterbangan; Daun berguguran; Banyak jenis sayur/kuih kerana berterbangan bermaksud terbang banyak-banyak, berguguran bermaksud gugur dengan banyaknya dan sayur-sayuran/sayur-mayur bermaksud bermacam-macam jenis sayur. | Tatabahasa | 10.04.2011 |
Daun-daun kering berterbangan di halaman rumah kerana ditiup angin yang sangat kencang. Adakah ayat ini gramatis? | Daun-daun kering berterbangan di halaman rumah kerana ditiup angin yang sangat kencang. Ayat ini tidak gramatis kerana kurang tepat dari aspek makna. Frasa keterangan "ditiup angin yang sangat kencang" lazimnya memberi kesan yang berlebihan, bukan sekadar berterbangan. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
a)Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. b)Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. adakah kedua-dua ayat ini betul? sila beri penjelasan, thanks. | A) Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. Ayat ini tidak gramatis, ayat yang betul ialah burung berkawan-kawan terbang di udara. B) Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. Ayat ini juga tidak gramatis, kami melalui jalan itu supaya cepat sampai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Perkataan 'apabila' boleh atau tidak diletakkan di hadapan ayat? | Perkataan apabila, boleh digunakan di hadapan ayat. Contoh: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
1. Mengapakah perkataan 'hartawan' dan 'perkahwinan' mengandungi dua morfem, iaitu:{harta}+{wan}, dan {per-...-an}+{kahwin}? Jelaskan. 2. Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan yang berikut? Nyatakan jenis morfem tersebut. Untuk morfem terikat, nyatakan jenisnya. (a) misalan (b) berterbangan (c) memperjuangkan (d) menterbalikkan; dan (e) kemeriahan | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, morfem dibahagikan kepada dua iaitu bebas dan terikat. Harta dan kahwin ialah morfem bebas dan hartawan serta perkahwinan ialah morfem terikat. Morfem terikat mengandungi dua morfem. Terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas dan boleh menerima awalan, akhiran dan apitan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 43, 44 535, 596 dan lain-lain. 2. Misalan, berterbangan, memperjuangkan, menterbalikkan dan kemeriahan ialah contoh morfem terikat dan terdiri daripada dua morfem. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Ayat-ayat berikut yang manakah tepat dan betul? (a) Layang-layang yang ditiup angin itu telah melayang dengan pantas ke udara (b) Layang-layang yang ditiup angin itu telah menerbang dengan pantas ke udara (c) Layang-layang yang ditiup angin itu telah berterbangan dengan pantas ke udara | Berikut adalah perbezaan perkataan (i) melayang yang bermaksud terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung- katung di udara. (ii) berterbangan bermaksud terbang atau melayang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak Maka ayat yang betul dan tepat ialah "Layang-layang yang ditiup angin itu telah berterbangan dengan pantas ke udara" | Tatabahasa | 12.12.2015 |
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"? | Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.. | Lain-lain | 05.05.2014 |
Tuan/Puan, 1)Mana frasa yang betul - melungsuri internet / melayari internet? 2)Boleh saya gunakan papan gelongsor untuk perkataan 'skateboard'? 3) Apa perbezaan bila, bilakah dan apabila? Terima kasih, Tuan & Puan. | Salam sejahtera, Puan, Penggunaan perkataan yang betul: 1. Melayari internet 2. skateboard- papan selaju Bagi soalan ketiga, perbezaannya seperti keterangan berikut: Bila merupakan kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika). Bilakah merupakan kata tanya yang hadir di hadapan ayat. Apabila merupakan kata hubung pancangan keterangan yang merujuk "pada ketika". Contoh ayat: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.10.2019 |