Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengucapkan syukur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengucapkan terima kasih; melahirkan rasa syukur; bersyukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Peribahasa

Menabur benih di tanah yang subur.

Bermaksud :

Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul? 1) Saya berterima kasih "atas" penjelasan anda. 2) Saya berterima kasih "dengan" penjelasan anda.1. Saya berterima kasih atas penjelasan anda.Tatabahasa10.04.2014
Petikan manakah yang gramatis? #1) Kita perlu berterima kasih dengan mereka. #2) Kita perlu bertermia kasih kepada mereka.Kita perlu berterima kasih kepada mereka.Tatabahasa15.11.2016
1. Patik berterima kasih kerana tuanku berkenan untuk mencemar duli melawat ke kampung kami. 2. Emak membeli dua biji tomato dan empat rumpun serai sertai lima helai daun purut untuk dibuat tomyam Adakah betul penggunaan tatabahasa bagi ayat di atas?

Ayat yang betul ialah:

1. Patik berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli untuk melawat kampung patik.

2. Emak membeli dua biji tomato, empat batang serai dan lima helai daun purut untuk membuat tomyam.

Tatabahasa04.10.2024
Alhamdulillah.. Berbanyak banyak Berterima kasih seikhlas kesetiaan Budi Baik Bicara kepada Keluarga Syarikat kndbp.com sudi membantu memulihkan semula segala pembayaran Panduan Pengguna Maklum Balas Pengguna.. Disini, Telah Banyak Saya Merekodkan segala Maklumat Dan Maklum Balas yg sewajarnya..harus Diutamakannya..semuanya Tidak satu pun Diwujudkan..Dari segi Website Aaplikasi Pembayaran HADIAH Dan APE sahaja..Didalam Aaps mengatakan Anda Akan Mendapat kan semua hadiah Ini..dalam tempoh 4 hari Atau 2/3 dalam waktu bekerja..Tetapi bila sudah sampai waktunya..tiada ape yg diberitahu..selepas itu .Handfone saya DiRalat Discammer DiRosakkan..Sdh Banyak kali..ianya terjadi kepada saya disini, ✅ Bayangkan Sdh Berpuluh puluh tahun Saya,Terananya oleh Pengguna DiLuar sana..Apalagi No AlamatSila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami membantu tuan.Lain-lain18.01.2024
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
Betulkah penggunaan 'di' ini? - Remaja dan kanan-kanak di bawah 18 tahun diharamkan merokok. - Pihak polis berterima kasih di atas tindakan pantas Amin. - Tiada sesiapa yang lulus di dalam kalangan mereka. - Pergaduhan di antara Fauzi dan Fizi masih belum berkesudahan. - Perbuatan mewarnakan rambut haram di sisi agama Islam.Ayat yang betul ialah "Remaja dan kanan-kanak di bawah 18 tahun diharamkan merokok", "Perbuatan mewarnakan rambut haram di sisi agama Islam".  Tatabahasa01.11.2015
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia?1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima.
3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya.
Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
Tatabahasa08.08.2014
Saya merupakan pengguna tegar PRPM. Saya akui ia sangat membantu tugas seharian saya dan saya amat berterima kasih kepada pihak DBP. Tetapi sejak kebelakangan ini, saya dapati amat sukar untuk mencari istilah-istilah yang pernah saya cari sebelum ini. Seolah-olah hilang daripada rekod PRPM. Banyak juga yang saya perasan. Adakah pihak DBP sedang dalam proses untuk menambah baik? Atau berlakunya masalah dengan sistem PRPM ini.Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain05.01.2025
EJAAN TERKINI BAGI PERKATAAN BERIKUT : 1. WALAUBAGAIMANA PUN 2. KE12 3. KOLESTROL 4. BERTERIMAKASIH

Ejaan terkini bagi perkataan-perkatan berikut:

  1. Walau bagaimanapun
  2. ke-12
  3. Kolesterol
  4. Berterima kasih
Ejaan20.04.2011
salam sejahtera. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menjunjung kasih'? Adakah 'RM5" disebut (dalam lisan ) sebagai 'RM Lima'. sekian, terima kasih.Frasa "menjunjung kasih" bermaksud berterima kasih. Untuk lebih lanjut, saudara boleh menghubungi Sekyen Protokol dan Istiadat , Jabatan Perdana Menteri.

Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Lima Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut  lima ringgit.
Tatabahasa24.07.2013
12

Kembali ke atas