Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tim.bal] | برتيمبل

Definisi : 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tim.bal] | برتيمبل

Definisi : kedua-dua belah pihak sama (darjatnya, tarafnya dll); berimbang; berpadanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbal
Kata Terbitan : setimbal, bertimbal, menimbal, menimbali, timbalan,

Puisi
 

Sayang kelekah mari berkabung,
     Mari bertimbal Muara Srikei;
Jangan diharap nangka bersarung,
     Di dalam sarung ditebuk tupai.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud istilah "ditandatangan timbal" dari sudut bahasa? Saya merujuk ayat dalam perkara (v) Perintah Am Bab F- "Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan. Dalam Akta 278 dan Akta A735 (kedua-dua akta telah jumud) istilah "ditandatangan timbal" telah diterjemahkan sebagai "countersigned" dalam Bahasa Inggeris. Mohon penjelasan lanjut.Dalam Kamus Pelajar, perkataan timbal;bertimbal bermaksud dari kedua-dua belah pihak; saling (melakukan sesuatu).

Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, countersigned diterjemahkan sebagai ditandatangani balas. Tuan boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=countersign&d=69812&#LIHATSINI.
Makna16.01.2019

Kembali ke atas