Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dan] | برتيندن

Definisi : 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dan] | برتيندن

Definisi : 1 mempunyai tindan (ttg barang-barang anyaman). 2 berlapis-lapis dgn tidak bersusun (ttg letak sesuatu); bertindih-tindih: Kain baju yg baru diangkat dr ampaian dibiarkan ~ di atas katil. 2 (bkn tugas, kuasa dll) bertepatan atau sama antara satu dgn yg lain; bertumpang tindih: Tugas dan tanggungjawab sesuatu kementerian seharusnya tidak ~ dgn tugas dan tanggungjawab kementerian lain, tetapi hendaklah saling melengkapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Manakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "Stacker"? a) Penindan b) Petak c) Lain-lain (sila nyatakan pendapat anda) Contoh ayat: High Capacity Stacker Maksud: Dulang output mesin pencetak yang boleh menyimpan kertas berkapasiti tinggi. Kertas output boleh dikeluarkan menggunakan kart di dalam "stacker". Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih.Sila rujuk bentuk peralatan yang sebenar. Stacker boleh diterjemahkan kepada penindan jika bentuk peralatan tersebut bertindan, jika sebaliknya stacker boleh diterjemahkan kepada petak.Penyemakan dan penterjemahan23.06.2015

Kembali ke atas