Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tiup] | برتيوڤ

Definisi : 1. bergerak (angin), berhembus, mengalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­paikannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,

Puisi
 

Angin bertiup lautan bergelombang,
     Di tengah lautan kapal berlabuh;
Diharap keluarga tak usahlah bimbang,
     Doakan sakit segera sembuh.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Angin bertuip dengan sangat kencang sekali pada hari Sabtu. A.bertuip kencang sekali B.meniup dengan sangat kencang C.meniup dengan kencang sekali mengapa jawapan bukan " A "Ayat yang diberikan, iaitu "Angin bertiup dengan sangat kencang sekali pada hari Sabtu." adalah betul.  "Angin bertiup kencang sekali pada hari Sabtu." juga adalah betul. Oleh itu, jawapan A. bertiup kencang sekali adalah betul.Tatabahasa23.11.2012
1.Di pantai Teluk Cempedak,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. 11.Kanako berminat untuk mempelajari bahasa di Jabatan Bahasa dan Linguistik. 111.Sahadah dikenali sebagai seorang gadis mempunyai budi bahasa. 1v.Bahasa melambangkan budaya sesuatu kaum. jawapan:1 & 11 mengapa 111 & iv salah?Untuk makluman ayat i, ii dan iv. adalah betul. Ayat iii. adalah salah. Ayat yang betul ialah: Sahadah dikenali sebagai seorang gadis  yang mempunyai budi bahasa.Tatabahasa23.11.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih.1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu.
2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup.
3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan.
4. Dia masih berhutang dengan bank.
5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan.
Tatabahasa15.01.2013
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, Apakah makna perkataan'BORA' mengikut kamus dewan.Kamus Dewan menakrifkan bora, iaitu angin kencang timur laut yang sejuk dan kering yang bertiup menuruni gunung di pantai timur AdriatikMakna04.03.2009
Salam sejahtera, saya kadang-kadang mempunyai masalah membezakan penggunaan ke, pada, kepada, dari dan daripada. Diharap saya boleh mendapatkan penerangan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh:

i. Angin bertiup kencang dari arah selatan
ii. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi
iii.Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.


Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. Wang itu ada pada ibu.

Tatabahasa20.01.2013
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan 'semilir'.. adakah semilir perlu didahului dengan perkataan angin semilir atau bayu semilir. Atau semilir boleh berdri sendiri tanpa angin atau bayu. Contoh ayat 1. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran semilir petang. 2. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran angin semilir petang.Semilir wujud dalam rangkap ganda perkataan silir-semilir yang bermaksud bertiup perlahan-lahan. Dalam wacana bahasa perkataan ini perlu ditulis angin silir-semilir.Tatabahasa21.03.2018
Bolehkah dirumuskan bahawa perkataan berimbuhan ber yang disusuli dengan keterangan keadaan kata kerja itu digugurkan kata depan dengan? Contohnya, berjalan lancar, berfungsi baik, berlari pantas, berkelakuan baik( di mana dengan telah dugugurkan)

Frasa berkenaan boleh digunakan, hal ini ada diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 291 di bawah tajuk Kata Adverba, contoh yang lain berjalan laju dan bertiup kencang.

Tatabahasa16.12.2011
Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan dengan lebih tepat perkataan "dari" dan "daripada"?

Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Contoh:

a) Menunjukkan tempat atau arah
  • Angin bertiup kencang dari arah selatan.
  • Bola itu ditendang dari penjuru padang.
b) Menunjukkan waktu atau masa
  • Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan barangan itu.
  • Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contoh:

a) Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
  • Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
  • Daripada siapakah gerangan surat ini?
  • Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.
  • Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
  • Ukiran itu diperbuat daripada logam.
  • Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru.
c) Menunjukkan perbezaan atau perbandingan
  • Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.
  • Perangai Ahmad berbeza daripada perangai abangnya.
  • Kami tiba lebih lewat daripada mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 268 hingga 272.

Tatabahasa05.11.2023
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan 'semilir'.. adakah semilir perlu didahului dengan perkataan angin semilir atau bayu semilir. Atau semilir boleh berdri sendiri tanpa angin atau bayu. Contoh ayat 1. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran semilir petang. 2. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran angin semilir petang.Salam sejahtera,

Semilir wujud dalam rangkap ganda perkataan silir-semilir yang bermaksud bertiup perlahan-lahan. Dalam wacana bahasa perkataan ini perlu ditulis angin silir-semilir.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.03.2018
1)Suara penyayi itu sungguh merdu/gemersik semasa mendendangkan lagu irama asli. Yang mana jawapan yang betul?? 2) bagaimana hendak menerangkan cara yang mudah untuk menerangkan tentang penggunaan imbuhan me...i dan me...kan?? 3) imbuhan Memper+ kata adjektif tidak boleh ada ...kan di belakang..contohnya memperdalam...bagaimana pula dengan mempertingkatkan betul atau salah?? mempertingkat atau mempertingkatkan??? 4) layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu terpontang-panting/melambai-lambai/meliang-liuk/bergegar apabila angin bertiup....yang manakah jawapan yang paling tepat???

Saudara Aidil,

1. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.

2. Imbuhan me-...-i dan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja. Kata dasar yang menerima apitan me-...-i dan me-...-kan akan membentuk kata kerja. Misalnya: mem + besar + kan = memperbesarkan

3. Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan. Hal ini kerana 'tingkat' bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi makna perkataan mempertingkatkan ada diterangkan yang membawa maksud menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.

4. Jawapan yang tepat ialah melambai-lambai (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui setiap maksud perkataan yang dikemukakan)

Tatabahasa05.08.2012
12

Kembali ke atas