Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.to.la/.to.la.kan]/[ber.to.la/.to.la/.kan] | برتولق-تولقان

Definisi : saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertolak-tolakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009

Kembali ke atas