1)Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh senget.2)Adik mengejar ayah yang baru balik dari kerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. Tolng betulkan.Terima kasih. | 1. Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh bongkok. 2. Adik mengejar ayah yang baru balik daripada bekerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
Assalamualaikum. Mohon pengesahan DBP: Papan tanda motosikal: "Sila letakkan motosikal secara bertongkat dua." Papan tanda pintu utama : "Selamat datang ke ILIM. Anda berada di dalam kawasan amalan 5'S. Sila patuhi arahan yang ditetapkan." Terima kasih diucapkan. Wassalam. | 1. "Sila letakkan motosikal menggunakan tongkat dua" atau "sila letakkan motosikal dengan tongkat dua". 2. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Orang tua itu bertongkat semasa berjalan. 2. Nelayan itu sedang menjala / menjala ikan di tepi pantai. Terima kasih. | 1. Orang tua itu menggunakan tongkat semasa berjalan. 2. Nelayan itu sedang menjala ikan di tepi pantai. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
assalamualaikum saya inginkan bantuan petikan mungkin daripada hikayat malim deman " yang capek datang bertongkat, yang bisu leka bertanya ..... minta tolong berikan yang lengkap dan emilkan kepada saya. sekian terima kasih | Terima kasih atas soalan anda, Oleh kerana keterbatasan ruang untuk menyambung perenggan dari petikan Hikayat Malim Deman, pihak kami mencadangkan agar anda terus membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekian,Terima Kasih | Lain-lain | 07.03.2010 |