Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.to.pi] | برتوڤي

Definisi : memakai topi: askar yg ~ besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.to.pi] | برتوڤي

Definisi : memakai topi; mempunyai topi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertopi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh.1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya.
2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang.
3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori.
4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga.
5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim.
6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar.
7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah.
Tatabahasa02.07.2012

Kembali ke atas