Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.gas] | برتوݢس

Definisi : (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.gas] | برتوݢس

Definisi : sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQPihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu   orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. =  sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab;   2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi.Tatabahasa10.03.2010
salam 1 malaysia, soalan 1. adakah ayat di bawah sesuai untuk ayat dibawah? 2. Adakah penggunaan 'di' perlu dijarakkan atau dekat? Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih dari 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas diantara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) diantara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) diantara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) diantara 1 – 5 tahun. terima kasih1. Ejaan "di" untuk kata sendi nama dijarakkan seperti di Kuala Lumpur dan di atas, manakala "di" sebagai imbuhan perlu dirapatkan seperti dibuat dan disepak. 
2. Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih daripada 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas antara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) antara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) antara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) antara 1 – 5 tahun.
Ejaan02.03.2015
Saya bertugas di Bahagian Pelajaran. Dlm menstruktur organisasi, Bhgn ini diketuai KPP. Cdgn utk menamakan dibwhnya ada 6 sektor dan bg setiap sektor ada beberapa unit. adakah bersesuaian? apa pandangan tuan dr segi istilahnya? apa beza Bahagian, Sektor dan Unit? T.kasihDalam organisasi kami, di bawahnya ada jabatan, dalam jabatan ada beberapa bahagian dan unit ialah struktur yang paling kecil. Dari segi makna sektor juga bermaksud bahagian.Lain-lain18.07.2012
Kehadapan yang bertugas, Saya ingin membuat laporan terhadap definisi perkataan tambi di laman sesawang anda yang menggunakan perkataan keling. Perbuatan ini mengguris sesetengah rakyat india dikalangan kenalan saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyelidik perkara ini bagi mengelak isu perkauman yakni mengekalkan lagi keharmonian perkauman dia negara ini.Kami ambil maklum saranan tuan. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini:  

https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n
Istilah22.03.2021
salam, saya bertugas sebagai seorang kerani, boleh saya tahu bagaimana ejaan perkataan baikpulih, membaikpulih . Adakah perkataan ini dijarak atau dicamtun. Teria KasihEjaan yang betul ialah baik pulih dan membaik pulih.Tatabahasa20.10.2011
jadual bertugas harian atau jadual tugasan harianJadual Bertugas HarianTatabahasa12.01.2013
tempat bertugas atau tempat tugasan??yang mana yang betul?? tqTempat bertugas.Istilah15.05.2013
Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke pasawat ATAU Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pasawatCadangan pembetulan adalah seperti yang berikut:  Mengira dan menentukan jumlah beg bersama-sama dengan kakitangan kawalan yang bertugas  sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pesawat.Tatabahasa06.04.2009
Pernyataan manakah yang betul? 1. Mutid-murid bertugas mengikut jadual di kelas. 2. Murid-murid bertugas di kelas mengikut jadual.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa13.12.2023
penggunaan ayat mana yang betul untuk saya gunakan pada tajuk memo : Arahan Bertugas Ke Perpustakaan Desa Kg Tok Amat atau Arahan Bertugas Di Perpustakaan Desa Kg Tok Amat. Keliru dengan penggunaan DI atau KE

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya.

Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Berdasarkan pertanyaan tuan/puan dalam konteks ayat tersebut, maka penggunaan ayat yang betul pada tajuk memo ialah Arahan Bertugas di Perpustakaan Desa Kg. Tok Amat.



*Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266.

Tatabahasa17.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas