Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.juan] | برتوجوان

Definisi : 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.juan] | برتوجوان

Definisi : mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hari Sukan diadakan ( bertujuan / bertujuan untuk ) mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.Hari Sukan diadakan bertujuan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan. - penggunaan 'bertujuan untuk' dianggap lewahTatabahasa05.04.2011
Salam. Mohon jelaskan penggunaan manakah yang baku sama ada "bertujuan untuk" atau "bertujuan". Terima kasih.

Penggunaan yang baku ialah “bertujuan”. “Bertujuan untuk” dianggap lewah.

Tatabahasa18.02.2014
Mohon pencerahan tentang penggunaan "bertujuan" atau "bertujuan untuk". Yang manakah lebih gramatis? Terima kasih.Frasa yang gramatis seperti Kami bertujuan menjemput saudara pulang ke kampong.Tatabahasa05.09.2018
Selepas perkataan "bertujuan" memang tidak perlu letak perkataan "untuk" tapi jika kita masih menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dalam satu ayat, betul? Contohnya: Lawatan tersebut "bertujuan untuk" menimba ilmu pengetahuan para pelajar. Betul ? Hal ini demikian kerana dalam Kertas Soalan BM Peperiksaan Menengah Rendah menggunakan perkataan "bertujuan untuk" dalam soalannya tapi tidak dianggap salah.Bentuk "bertujuan untuk" dianggap lewah. Lewah bukanlah suatu kesalahan bahkan merupakan suatu pilihan.Tatabahasa03.11.2008
Salam sejahtera. Ayat di bawah manakah yang betul. a. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memelihara alam sekitar. b. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Sekian terima kasih.Ayat yang lebh tepat ialah "Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar."Tatabahasa02.10.2013
Berikut merupakan konklusi saya yang kedua. 1. Datuk Dolhi bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baharu. (a) bercadang untuk menubuhkan (salah) (b) bercadang menubuhkan (betul) Dalam jawapan tuan, apakah maksud penggunaan "bercadang untuk + meN...kan dianggap lewah" ?? 2. Seminar ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMK Air Cerah (a) bertujuan meningkatkan (betul) (b) bertujuan untuk meningkatkan (salah) Tolong check adakah penganalisisan saya ini betul. Terima kasih!Selepas bercadang tidak perlu ditambah perkataan "untuk" kerana tidak memerlukan kata sendi nama.Makna29.04.2014
1. Adakah pesuruh-pesuruhjaya betul? 2. Adakah selepas bertujuan tidak boleh letak untuk?Perkataan pesuruhjaya apabila digandakan menjadi pesuruhjaya-pesuruhjaya. Selepas perkataan bertujuan tidak perlu menggunakan kata sendi untuk.Tatabahasa20.10.2008
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan idea berkenaan tema bagi majlis makan malam yang bertujuan untuk mengumpul dana syarikat. Majlis tersebut juga bertujuan untuk menjalih persahabatan syarikat saya dengan para penyumbang tersebut. Adakah tema seperti Malam Sumbangsih, atau Ikatan Jalinan Berterusan sesuai. Atau pihak DBP boleh memberikan idea yang lebih bersesuaian. Saya amat berharap pihak DBP boleh memberikan sedikit bantuan.Antara tema yang dicadangkan termasuklah Majlis Makan Malam Amal xxx (nama syarikat), Malam Sumbangsih Semarak Kasih, Malam Sumbangsih Jalinan Kasih, dan Malam Sumbangsih Tautan Kasih.Lain-lain19.03.2014
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas.Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah    yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu  pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri   adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat  "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah:
1. Garis panduan ini adalah  untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ..,
2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ...
Tatabahasa27.07.2017
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa."Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian."Penyemakan dan penterjemahan07.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas