| Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1. Dalam perjalanan/perjalanannya pulang 2. Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannta yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4.Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyer sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5.Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai Si Buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata Si Monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu tentu akan demam jika berpanas dia bawah matahari terik. 8.Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat. | Ayat yang betul ialah: 1. Dalam perjalanan pulang... 2. Setelah memeriksa sangkar beruang Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa beruang Dodo telah terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika beruang Dodo terlepas kemungkinan beruang Dodo akan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4. Sedang si buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5. Tiba-tiba, si buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala si monyet. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai si buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata si monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu pasti akan demam jika berpanas dia bawah matahari yang terik. 8. Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat.
| Tatabahasa | 18.12.2018 |
| Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal? | Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang. | Lain-lain | 13.01.2010 |
| Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Dalam perjalanan pulang, Ibu Angsa tidak nampak Si Ketam yang duduk di tepi tasik. 2. Setelah memerikda sangkar Dodo, baru;ah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3.Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memotong/memangkas bunga. 4. Keesokan hari/keesokan harinya 5. Jom kita main baling-baling buah? ajak Si Tupai Kelabu. 6. Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 7. Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 8. Ha...ha...ha..kamu telah ditipu, wahai Si Buaya yang jahat! Hati saya tidak pernah tanggalkan badan saya,"kata Si Monyet. | Ayat nombor 1 betul. Ayat nombor 2 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodo terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. Ayat nombor 3 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda." Kata bapa arnab sambil memangkas bunga. Ayat nombor 4 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Pada keesokan hari/harinya Ayat nombor 5 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Jom kita main baling buah." Ajak Si Tupai Kelabu. Ayat nombor 6 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba Si Buaya ternampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. Ayat nombor 7 dan nombor 8 tidak difahami dan tidak jelas. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.12.2018 |
| Apakah terjemahan ke Bahasa Malaysia untuk perkataan TEDDY BEAR? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah beruang teddy. | Istilah | 27.04.2017 |
| Tuan, adakah frasa "dimasukkan ke dalam kamus" tepat tatabahasanya? Saya bertanya demikian kerana pada faham saya, "ke dalam" frasa sendi nama arah yang digunakan untuk benda yang beruang dan ruangnya nyata kelihatan. Dengan ada ruang yang nyata, barulah benda itu dapat dimasuki sesuatu dan dengan itu barulah frasa sendi nama arah "ke dalam" digunakan! Namun begitu, ruang "kamus" tidak kelihatan dan hanya dapat dibayangkan dalam fikir, maka ruang "kamus" dinamai ruang abstrak. Ruang abstrak "kamus" ini berisi kata, ilmu, ayat dan sebagainya. Kerana ruang "kamus" abstrak, maka tidak bolehlah digunakan frasa sendi nama arah "ke dalam" yang menyatakan ruang nyata! Saya berpendapat bahawa sendi nama "dalam" yang lebih patut digunakan kerana mencitrakan ruang abstrak, seperti dalam persidangan, dalam hal. Maka frasa yang betul "dimasukkan dalam kamus", misalnya: Bentuk bahasa yang sudah diterima oleh pemerintah harus dimasukkan dalam kamus - dimasukkan dalam kamus, bukan ke dalam kamus kerana ruang kamus abstrak. | Frasa "dimasukkan ke dalam kamus" adalah salah. Ayat yang betul ialah "dimasukkan dalam kamus" | Tatabahasa | 23.12.2016 |
| Salam, adakah atau bolehkah penjodoh bilangan 'ekor' digunakan untuk objek yang berbentuk haiwan? Sebagai contoh: seekor anak patung beruang, seekor itik getah dan sebagainya. Terima kasih. | ‘Ekor’ ialah penjodoh bilangan bagi binatang. Untuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung, itik getah tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, dua itik getah. | Tatabahasa | 18.04.2014 |
| Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tq | a) Height measurement - pengukuran ketinggian b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya. c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam. e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran. f) ice cube - ais/air batu | Tatabahasa | 18.09.2015 |
| Bolehkah imbuhan 'di-' bersama mandiri. Seperti kita tahu, mandiri di dalam bahasa Inggeris merupakan survive. The winter can be survived by the polar bear. Cuaca sejuk dapat dimandiri oleh beruang kutub. Betulkah terjemahan itu? | Perkataan mandiri digunakan mengikut konteks ayat. Dalam ayat yang diberikan, padanan survived ialah hidup. Cadangan terjemahan ialah Beruang kutub boleh hidup pada musim sejuk. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.02.2021 |
| ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
| Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you. | Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata. | Tatabahasa | 28.04.2014 |