Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQ | Luntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut. | Makna | 07.02.2012 |
tuan mukanya tiba-tina berubah menjadi merah padam apabila tembelangnya diketahui orang. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ) | Merah padam biasanya dikaitkan dengan warna muka ketika marah, sedangkan situasi ayat tersebut tidak menunjukkan rasa marah. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Assalamualaikum... Saudara, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perkataan 'merubah'. Mengapa perkataan ini diterima sedangkan tiada imbuhan 'mer' dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Di bawah entri ubah kata terbitan yang ada antaranya ialah berubah, mengubah, perubahan dan mengubahkan, manakala kata terbitan merubah berasal dari kata dasar rubah yang bermaksud berubah menjadi lain, atau bertukar rupa, warna, dan lain-lain. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Manakah perkataan yang sesuai digunakan untuk sekolah, lencana, logo atau lambang ? Adakah istilah ini berubah mengikut situasi? Contoh - lencana sekolah pada baju, tapi lambang/ logo sekolah pada kepala surat. Secara umum mana satu? Terimakasih | Menurut Kamus Pelajar, lencana ialah tanda yang dibuat daripada logam atau kain (mempunyai reka bentuk tertentu) untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan atau murid sesebuah sekolah. Lambang pula ialah tanda (lukisan, lencana dan lain-lain) yang digunakan untuk memperkenalkan atau untuk menyatakan sesuatu simbol atau isyarat. Contoh, Warna putih lambang kesucian. Manakala logo pula ialah lambang khas sesuatu badan, pertubuhan dan sebagainya, yang tersirat dengan maksud tertentu. Contohnya gambar daun lontar merupakan lambang Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunakan pada kepala surat, lencana, logo, program rasmi DBP dan lain-lain. Begitu juga lambang sekolah digunakan pada lencana pelajar, kepala surat, program rasmi sekolah dan pelbagai lagi. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Saya ada satu kemusykilan. Adakah perkataan 'kaleidoskop' juga membawa maksud 'pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu tahun'? Terima kasih. | Tuan, Mengikut Kamus Dewan, kaleidoskop bermaksud: 1. sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu penghujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepat. | Istilah | 08.06.2019 |
makna efek,teoretisi,kaleidoskop? | Kata efek tak wujud dalam bahasa Melayu jika diterjemakan daripada kata effect (bahasa Inggeris) terjemahan dalam bahasa Melayunya ialah kesan (bukan efek) . Teoretisi tiada dalam bahasa Melayu yang ada hanyalah teoretis iaitu berdasarkan teori, berhubung dgn atau menurut teori. Kaleidoskop bermaksud; 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu peng hujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya. | Makna | 12.02.2008 |