Antara berikut, yang manakah betul? 1. di / pada peringkat akhir 2. berucap di / pada / dalam majlis perasmian | Jawapan yang betul ialah 1. pada peringkat akhir. 2. berucap pada atau dalam majlis perasmian. | Lain-lain | 09.12.2010 |
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja. | Encik Mahayuddin, Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita. | Lain-lain | 05.10.2010 |
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasih | Tetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa. | Istilah | 12.04.2013 |
apakah perbezaan antara "yang" dengan "bahawa". contoh ayat, Ali mengakui ( ) dia sememangnya berasa gementar sewaktu berucap di perhimpunan sekolah petang tadi. jawapan A. yang B. jika C. andai kata D. bahawa nampaknya jawapan A dan D boleh diterima | Saudara/Saudari, "Yang" ialah kata hubung pancangan relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Contoh: Saya membeli baju yang berwarna hijau. "Bahawa" ialah kata hubung pancangan komplemen (kata komplemen), berfungsi sebagai pelengkap pada klausa utama. Contoh, Guru itu menyatakan bahawa Anita sangat rajin. Jadi menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut kata pancangan 'bahawa' ialah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul. | 1. Rostrum 2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Salam sejahtera; Tuan; 1. Bilakah "guru besar"perlu ditulis dengan huruf besar? 2. Guru Besar sekolah saya sedang berucap di atas pentas. Soalan: Dalam ayat di atas, perlukah frasa "Guru Besar" ditulis dengan huruf besar? Sekian, terima kasih. | Guru besar ialah kata nama am sama seperti guru, namun apabila diganding dengan sekolah contohnya Guru Besar Sekolah Menengah Setapak maka ia menjadi kata nama khas. | Ejaan | 30.09.2011 |
pengucap atau perucap | Ejaan yang betul ialah pengucap. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengucap bermaksud orang yang berucap. | Ejaan | 09.03.2011 |
Pada hari sukan , pemenang-pemenang berdiri di atas " podium " untuk menerima pingat. Tempat yang untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga berdiri ialah panggil podium atau perkataan yang lain ? terima kasih.. | Podium ialah pentas tempat berucap; atau disebut juga mimbar (di dalam masjid). | Makna | 15.06.2010 |
1. Bila boleh kita guna dari dan daripada? Setahu saya ada perbezaan. 2. Bila boleh kita menggunakan Y.A.B. /Y.Bhg. bagi sesuatu jawatan dalam penulisan. Setahu saya kita akan menggunakan perkataan Menteri Besar sahaja dan bukan Y.A.B. Menteri Besar dalam penulisan. Bila berucap baru disebut Y.A.B. Menteri Besar. Terima kasih. | Dari digunakan dalam frasa yg berkaitan dgn tarikh atau tempat, manakala daripada digunakan dlm frasa yg berkaitan dgn sumber. Sapaan YAB khusus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar, manakala YBhg sapaan kepada kenamaan lain/orang awam yang bergelar Datuk/Tan Sri dsb | Tatabahasa | 29.10.2007 |
Selamat malam, Saya ingin bertanya mengenai tatacara pengucapan awam yang digunakan didalam sebuah majlis. saya seringkali mendengar pengerusi majlis membuat ucapan alu-aluan meraikan kehadiran tetamu mengikut tehap sosial . ucapan itu memberikan penghargaan emosi kepada tetamu yang hadir. Selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis selalunya akan tiba ucapan tetamu khas seperti dif2 kehormat yang telah dietapkan, dalam hal ini saya berasa muskil mengapa jemputan yang dipanggil berucap mesti menyebut mengulangi semula nama- nama kehormat mengikut susuan sosial.. sehingga ucap utama pun mengulangi semula ..saya nampak ini membosankan hadirin..bukankah lebih baik hanya pengerusi majlis sahaja yang menyebut kehadiran dif2 kehormat dan para pengucap terus kepada isi dan perasmian jika perlu.tq | Dalam pengucapan awam, kata alu-aluan lazimnya akan diungkapkan dalam sesebuah majlis, sama ada formal atau tidak formal. Seseorang yang berucap akan memulakan ucapan dengan kata alu-aluan, iaitu menyapa tetamu kehormat dan para hadirin. Sistem panggilan hormat yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu merujuk kepada sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Dalam majlis rasmi, tetamu kehormat sentaisadiberi keutmaan dan disapa dengan sebutan-sebutan khas bagi menunjukkan keistimewaan dan ketinggian darjat mereka. | Lain-lain | 01.12.2013 |