adakah terdapat perbezaan antara frasa Sejak kebelakangan ini dengan Sejak belakangan ini ? yang mankah yang betul? berulang-alik atau berulang alik ? | Kebelakangan bermaksud sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini. Sejak bermaksud bermula dari, mulai, dari. Kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang berbeza. Ejaan yang betul ialah berulang-alik. | Makna | 29.01.2008 |
Adakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasih | Adakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasih Mundar-mandir, berulang-ulang, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan. | Makna | 19.12.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah perkataan penyelarasan pada ayat berikut sesuai digunakan dan apakah ayat ini gramatis? - Abu meminta ahli sidang untuk menyelaraskan sendiri kesalahan tersebut sekiranya berulang. - Abu meminta ahli sidang untuk menyelaraskan sendiri sekiranya kesalahan tersebut berulang. - Abu meminta penyelarasan daripada ahli sidang untuk membetulkan sendiri kesalahan tersebut sekiranya berulang. | Ayat yang betul ialah: Abu meminta ahli sidang untuk menyelaraskan sendiri kesalahan tersebut sekiranya berulang. | Tatabahasa | 12.03.2023 |
Salam. Bunyi dentam-dentum yang berulang-ulang itu menakutkan anak-anak itu. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah yang salah? | Ayat yang betul ialah “Bunyi dentam-dentum itu menakutkan anak-anak itu.”. Frasa “berulang-ulang” tidak perlu dimasukkan dalam ayat kerana perkataan “dentam-dentum” telah membawa maksud bunyi dentam yang berulang-ulang. | Tatabahasa | 30.07.2022 |
Kenderaan (bermundar-mandir @ berlalu-lalang @ berulang-alik @ jawaban lain) dari kampung itu ke pekan. Manakah kata majmuk yang paling sesuai bagi konteks ayat tersebut? Sila beri penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan perkataan mundar-mandir dan berulang alik mempunyai satu makna yang sama, iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun, perkataan mundar-mandir lebih sesuai digunakan untuk orang. Manakala lalu-lalang pula bermaksud banyak kali lalu ( keluar masuk; tidak teratur; kacau bilau). Oleh itu, kata majmuk yang sesuai bagi konteks ayat ialah “ Kenderaaan berulang-alik dari kampung itu ke pekan. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. Jawapan a) antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpr , b) di antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur. | Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ | Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet: (a) Nama pengarang. (b) Tarikh data dalam tanda kurung. (c) Tajuk bahan. (d) Nama penerbit. (e) Alamat laman sesawang. (f) Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung. CONTOH: Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. Columbia University Press. http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html (23 Mei 2002). Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”. Berita Terkini. http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ ( ? ) | Lain-lain | 08.07.2015 |
wujudkah kata ganda bagi perkataan "pak cik" dan juga perkataan "mak cik"? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Kata Ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut) | Tatabahasa | 25.11.2018 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk repeat offender, iaitu pesalah yang berulang kali melakukan jenayah. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk repeat offender dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan perkataan pesalah berulang sebagai padanannya dalam bahasa Melayu. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 24.08.2017 |
Maaf sekiranya soalan ini berulang, saya kurang pasti. Bolehkah saya menghantar artikel dalam b.Inggeris untuk penerbitan mana2 majalah tuan dan bagaimana cara atau tindakan selanjutnya. Terima kasih | Bahagian Majalah menerima makalah dalam bahasa Melayu untuk pertimbangan penerbitan. Sekiranya makalah sdr. berbahasa Inggeris, sdr diminta menterjemahkannya ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.06.2007 |