1.Sepakan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (AYAT betul atau salah) 2.warna baju Mira semakin luntur/lusuh selepas dicuci berulang kali. (Perkataan yang mana satu betul luntur atau lusuh) Diharap dapat jawapan segera. | 1. Tendangan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (Penggunaan perkataan "tendangan" lebih gramatis). 2. Warna baju Mira semakin luntur selepas dicuci berulang kali. | Tatabahasa | 20.05.2014 |
saya ingin tahu, bolehkah penggunaan perkataan yang berulang kali dalam satu ayat.tolong berikan jawapan serta sumber rujukan | Pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan, tetapi penulis digalakkan menggunakan perkataan yang berbeza bagi memperbanyakkan perbendaharaan kata. | Lain-lain | 19.09.2008 |
Untuk buku mata pelajaran Reka bentuk Teknologi tingkatan tiga, terdapat istilah "PROJEK BRIEF" yang digunakan secara berulang kali. Apakah ejaan yang tepat untuk projek brief dari segi: -Italic -Huruf besar/kecil -Ejaan bahasa melayu atau inggeris terima kasih. urgent | Ejaan yang tepat seperti yang berikut: Projek Brief (perkataan Brief dicondongkan kerana dalam bahasa Inggeris) | Ejaan | 12.01.2018 |
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih. | 1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim. 2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif. 3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2016 |
bagaimana hendak membezakan ejaan 'acap kali' dengan 'adakala'? mengapa adakala dieja rapat sedangkan ada dan kala ada maksud yang tersendiri. mengapa pula acap dan kali dieja terpisah? ( ejaan ini saya rujuk dari Lembar Bahasa ) | Acap kali bermaksud beberapa kali, berulang kali, kerap kali, sering kali. Adakala bermaksud kadangkala, sekali-sekali. Kedua-dua perkataan ini sudah mantap dari segi ejaannya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7. | Ejaan | 06.04.2008 |
Tuan/ Puan Harap boleh nasihatkan perkara seperti berikut:- 1) Kalau kedai francais berada di Majlis Perbandaran yang sama. Sijil Pengesahan Bahasa boleh digunakan berulang kali untuk kedai-kedai selagi sijil pengesahan belum luput? 2) Pada 5/8/19, saya ada hantar Bahasa Jawi untuk menyemak kegunaan Bahasa Jawi sama ada betul. Tetapi saya belum dapat apa jawapan. Boleh Tuan/ Puan tolong semak perkara ini? Terima kasih. | Jawapan bagi soalan yang pertama ialah sijil pengesahan bahasa boleh digunakan sekali sahaja untuk satu kedai walaupun dalam perbandaran yang sama. Jawapan bagi soalan kedua ialah sila lampirkan semula teks jawi tersebut untuk disemak oleh pihak kami. Pastikan visual dalam format jpeg. atau gif. | Lain-lain | 15.08.2019 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk repeat offender, iaitu pesalah yang berulang kali melakukan jenayah. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk repeat offender dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan perkataan pesalah berulang sebagai padanannya dalam bahasa Melayu. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 24.08.2017 |
Dewan Bahasa dan Pustaka masih menggunakan "Harapkan pagar, pagar makan padi" atau "Harapkan pegar, pegar makan padi" | Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, mengekalkan bentuk yang sedia ada "Harapkan pagar, pagar makan padi". | Tatabahasa | 29.09.2016 |
Assalamualaikum. Tuan/Puan, Saya dapati laman web PRPM sering tidak dapat diakses. Lihat lampiran yang menunjukkan ralat yang diterima. Saya percaya perkara ini bukanlah satu isu yang baharu, tetapi sebenarnya sudah lama dan berulang kali terjadi. Adakah pihak DBP tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan isu ini? Fungsi laman web prpm tidak kesampaian jika isu teknikal ini dibiarkan sahaja. Saya pasti jika pihak DBP benar-benar prihatin akan perkara ini, masalah kecil sebegini tentu sudah lama diperbetulkan kerana ia menjejaskan bukan sahaja perkhidmatan DBP tetapi imej DBP juga. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Terima kasih di atas keprihatinan pihak puan. Kami sedang giat mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan yang sedang berlaku pada sistem PRPM bagi menjamin kemudahan para pengguna dan dijangkakan sistem akan kembali stabil dalam masa yang terdekat. Maaf di atas segala kesulitan. Terima kasih. | Lain-lain | 26.01.2023 |
Apakah maksud 'kesekian kali'? | Kesekian kali merujuk kepada perihal melakukan sesuatu atau perkara yang sama sekali lagi atau berulang kali. Contoh dalam ayat, Aina menegaskan buat kesekian kalinya bahawa dia tidak pernah iri hati dengan kecantikan adiknya. | Makna | 02.06.2021 |