Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berurutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam memperjuangkan bahasa Melayu, tuan DBP. Adakah rangkai kata "masing-masing pihak" betul? Contoh ayat: (1) Jika demikian, tutup sajalah persoalan kesalahan bahasa dan biarkanlah bahasa berkembang menurut kehendak masing-masing pihak. Bukankah frasa bahasa Melayu berurutan Diterangkan-Menerangkan, iaitu nama utama di hadapan, penerang di belakang? Maka sepatutnyalah frasa itu berurutan "pihak masing-masing": "masing-masing" yang bermaksud tiap-tiap dirinya penerang nama utama "pihak" ataupun kerana "masing-masing" bermaksud tiap-tiap dan setiap, dan "setiap" kata bilangan, oleh itu "masing-masing" yang disamakan dengan "setiap" yang bergolongan kata bilangan perlu diletakkan di depan nama utama sebagai penentu bilangan, seperti: setiap pihak = masing-masing pihak?Perkataan yang lebih sesuai ialah "pihak masing-masing"Lain-lain12.12.2016
Apakah situasi bagi kata hubung 'dan' yang dikehendaki didahului dengan tanda koma?Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) adalah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya  untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan daripada jenis yang sama atau kategori yang berbeza, contohnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan .... Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ejaan19.06.2012
Apakah perbezaan antara rangkap vokal dan vokal berganding?Rangkap vokal dan vokal berganding berlaku sama sahaja keadaannya, iaitu apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat.Tatabahasa23.08.2011
Salam sejahtera, Tuan; Perkataan "kait" tergolong dalam perkataan vokal berganding atau diftong? Terima kasih.Kait (ka.it) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan sama seperti ajaib (a.ja.ib) dan aur (a.ur).Tatabahasa28.01.2013
Tuan/Puan, Salam sejahtera. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP, perkataan "ais" (a.is) dan "aib" (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). Tetapi, saya telah merujuk kepada Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga, muka surat 301), dan dinyatakan di situ bahawa "air" mengandungi diftong "ai", manakala "perkataan "aur" pula mengandungi diftong "au". Jadi, adakah terdapat ketidakselarasan dalam penjelasan Tatabahasa Dewan pada muka surat 62 dan 301? Terima kasih.Kami mengambil maklum berkenaan ketidakselarasan yang dinyatakan. Untuk makluman puan, kami telah merujuk Munsyi Dewan berhubung kekeliruan yang timbul berhubung dengan diftong.  Menurut Munsyi Dewan, a.ir, a.ib, a.ja.ib, a.ur, ga.un, sa.uh, ko.ir, he.ro.in merupakan vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.

Untuk makluman puan juga, DBP sedang memperkemas dan menambah baik buku Tatabahasa Dewan untuk terbitan baharu. Ketidakselarasan ini diambil maklum oleh Munsyi Dewan dalam terbitan buku Tatabahasa Dewan selanjutnya. Kami menghargai pertanyaan puan untuk kebaikan bersama dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Tatabahasa28.01.2014
Mengapakah perkataan 'ais'bukan diftong? Sila batangkan suku kata perkataan 'ais'. Terima kasih.Ais (a.is) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur).Ejaan08.03.2013
maksud wacana?Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.Tatabahasa12.03.2013
Bolehkah koma ( , ) ditulis selepas perkataan ialah ; Contoh ayat : Nilai pertama ialah, keberanian.Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaannya hendaklah sebelum "dan", "atau" dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh ayat, dia membeli rambutan, langsat, ciku, dan bakul. Oleh itu, tanda koma tidak diperlukan selepas perkataan ialah. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 64.Tatabahasa05.03.2010
Adakah penggunaan frasa "sejak dari" sesuatu yang lewah? Maksudnya kita hanya perlu menggunakan sama ada "sejak" atau "dari" dan bukannya kedua-dua sekali.Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Tatabahasa16.11.2011
apa yang dimaksudkan dengan WACANAWacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat,sejumlah ayat,ceraian,dialog,bab,buku,siri bukudan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiranyang berurutan dan lengkap. Dalam sesebuah wacana perkaitan  antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 523.     Makna02.04.2008
123456

Kembali ke atas