Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia. | Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol. | Lain-lain | 22.10.2009 |
siapakah yang layak digelar Yang Berusaha dalam acara rasmi? Adakah dengan kehadiran Pengetua dalam majlis maka gelaran Yang Berusaha hanya untuk beliau sahaja? Adakah Penolong Kanan layak dipanggil Yang Berusaha dalam majlis tersebut atau sekadar Gelaran Yang Dihormati? | Bagi sapaan Yang Berusaha adalah untuk individu yang menjadi penganjur atau penggerak sesuartu acara tersebut. Kalau acara itu dikendalikan oleh Penolong Kanan, maka beliau layak diberi sapaan Yang Berusaha. Manakala kehadiran Pengetua, sapaan yang sepatutnya kepada beliau ialah Yang Dihormati. | Lain-lain | 07.05.2008 |
Salam, saya ada kemusykilan berkenaan sapaan hormat misalnya yang berusaha, yang dihormati dan sebagainya. Sekiranya majlis diadakan di sekolah, siapakah yang sepatutnya digunakan yang berusaha dan yang dihormati. Bagaimanakah penggunaanya, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah ABC, Encik Ahmad atau Yang berusaha Encik Ahmad, Pengetua Sekolah .... Setiap sapaan seharusnya diikuti dengan nama atau jawatan. Sekian terima kasih | Rujukan kehormat Yang Dihormati digunakan kepada orang-orang yang dihir,ati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dsbnya. Ynag Berusaha ditujukan kepada pegawai kerjaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat. | Tatabahasa | 26.10.2010 |
Boleh tak kata kerja berturutan dalam ayat seperti di bawah:? (Dia berusaha meningkatkan prestasinya) Adakah ayat di bawah lebih tepat? (Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya ATAU Dia berusaha dan meningkatkan prestasinya. Yang mana lebih tepat(gramatis)? | Ayat yang gramatis ialah Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya. Kata kerja tidak boleh hadir secara berturutan. | Tatabahasa | 23.02.2012 |
Jika singkatan kepada Yang Berbahagia adalah YBhg. Apakah singkatan kepada Yang Berusaha? | Yang Berusaha lazimnya ditulis penuh. | Tatabahasa | 05.07.2010 |
Apakah istilah yang digunakan untuk pergerakkan orang yang sedang lemas dalam air( berusaha untuk menyelamatkan diri ). Adakah perkataan terkapai-kapai sesuai digunakan? | terkapai-kapai - berusaha untuk menyelamatkan diri melambai-lambai- berusaha memanggil orang lain untuk menyelamatkan daripada lemas | Tatabahasa | 05.09.2012 |
saya sedang berusaha untuk membuat kertas projek untuk kajan imbuhan meng dan menge, boleh saya tahu laman web atau rujukan lain yang dapat menjadi sumber kepada kajian saya mengenai imbuhan meng dan menge? | Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa lain yang ada di pasaran. | Lain-lain | 21.06.2008 |
Saya ingin tahu penggunaan yang sebetulnya kata panghadapan seperti Yang Berusaha,Yang dihormati,Yang Mulia dan sebagainya kepada orang-orang tertentu? | Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol. | Lain-lain | 28.04.2010 |
Yang Berbahagia dieja YBhg...bagaimana dengan singkatan Yang Berusaha? | Tiada singkatan untuk Yang Berusaha. | Tatabahasa | 26.03.2009 |
Boleh dapatkan panduan penggunaan kata sapaan "Yang Berusaha". Bila dan kepada siapa ia digunakan. | Sapaan Yang Berusaha boleh digunakan untuk tujuan hormat kepada mana-mana individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. | Lain-lain | 09.10.2007 |