1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH. | 1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan. 2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina. 3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah? | Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
Selamat pagi dan salam sejehtera, Saya ingin mengemukakan tiga soalan: 1)Hati Johan cerah setelah mendengar cerita itu. 2)Kandungan kakak gugur ketika berusia dua bulan. Adakah betul penggunaan perkataan cerah dan gugur dalam ayat tersebut? Mengapa? 3)Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah tua atau ketua Terima kasih. | 1. Perkataan cerah tidak sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan. Perkataan yang lebih tepat ialah lega. 2. Penggunaan perkataan 'gugur' adalah betul. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud 'gugur' ialah lahir sebelum cukup bulan (anak kecil). 3. Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah ketua. | Makna | 19.10.2011 |
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. | Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun. | Lain-lain | 14.02.2012 |