Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.tus]/[ber.u.tus] | براوتوس

Definisi : berkirim surat (berita, khabar): lama kita tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.tus]/[ber.u.tus] | براوتوس

Definisi : berkirim surat, berita dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa beza berutus dan mengutus?​Assalamualaikum, 

Perkataan berutus bermaksud berkirim surat, berita, e-mel dan sebagainya (kelas kata: kata kerja tak transitif)

Contoh ayat - Kami masih berutus e-mel walaupun jarang-jarang bertemu.


Manakala perkataan mengutus mempunyai dua maksud:

1. mengirim atau menghantar (surat, berita, e-mel dan sebagainya) (kelas kata: kata kerja transitif)

Contoh ayat - Dia mengutus surat kepada gadis idamannya kerana dia malu hendak bertemu muka.


2. menyuruh (seseorang) pergi sebagai wakil diri (kelas kata: kata kerja transitif)

Contoh ayat - Akhirnya dia pun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu.


 (Rujukan Kamus Dewan Perdana, 2020:hlm. 2492)


 Terima kasih.
Makna22.05.2025

Kembali ke atas