Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.war.na] | برورنا

Definisi : 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.war.na] | برورنا

Definisi : mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwarna

Peribahasa

Bertelau-telau seperti panas di belukar.

Bermaksud :

Perintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baju raya saya berwarna merah. berwarna merah ialah frasa kerja atau frasa adjektif? tqBerwarna merah ialah frasa kerja.Tatabahasa26.09.2014
Tuan, Kamu ingin baju berwarna merah atau baju berwarna biru? ATAU Kamu ingin baju berwarna merah atau biru? Manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah Kamu inginkan baju berwarna merah atau biru?Tatabahasa05.08.2010
Salam sejahtera. Buku itu berwarna biru.Perkataan berwarna dalam ayat ini ialah kata nama atau kata kerja?Biru ialah kata adjektif yang menjadi pelengkap kepada frasa kerja berwarna.Tatabahasa13.10.2014
saya suka baju biru /saya suka baju berwarna biru. kedua-dua ayat ini betul? Bilakan perkataan berwarna mesti digunakan? terima kasih.Kedua-dua ayat betul, perkataan berwarna lazimnya digunakan apabila hendak menegaskan sesuatu. Contohnya baju yang berwarna biru itu saya punya.Tatabahasa04.08.2013
Jwp yang berikut dipetik drp halaman Khidmat Nasihat. Adakah perkataan 'berwarna' merupakan kata kerja? Perkataan berwarna ialah kata adjektif. Tatabahasa 21.02.2011 Bukankah berwarna kata kerja?Awalan ber- boleh bergabung dengan pelbagai kelas kata termasuklah kata adjektif dan menerbitkan kata kerja. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman 169, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa22.07.2015
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
setahu saya kata adjektif hanya terima tiga imbuhan iaitu se, ter, ke...an. Bagaimana pula dengan 'ber'? Contohnya: ber + warna= berwarna ber+ gembira= bergembira adakah berwarna, bergembira menjadi kata kerja terbitan atau kekal sebagai kata adjektif. Apa pula bentuk pola ayat di bawah: Baju itu berwarna biru ( FN + FK atau FN + FA) Budak itu sedang bergembira di tepi pantai ( FN + FK atau FN + FA)Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 162, golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beR- ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contoh awalan beR- yang bergabung dengan kata adjektif ialah bersedih dan berlapar, dan kata ini akan membentuk kata kerja. Baju itu berwarna biru (FN + FK). Budak itu sedang bergembira di tepi pantai (FN + FK).Tatabahasa26.05.2015
Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biruSaya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju.Makna11.01.2017
Baju yang berwarna kuning itu sangat ( padanan , berpadanan , memadan , sepadan ) dengan kulit Maizurah yang putih melepak itu.Jawapan yang tepat ialah sepadan.Tatabahasa20.07.2013
Adakah perkataan 'berwarna' merupakan kata kerja?Perkataan berwarna ialah kata adjektif.Tatabahasa21.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas