Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.war.na.war.na] | برورنا-ورنا

Definisi : ; = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.war.na.war.na] | برورنا-ورنا

Definisi : mempunyai bermacam-macam warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
setahu saya kata adjektif hanya terima tiga imbuhan iaitu se, ter, ke...an. Bagaimana pula dengan 'ber'? Contohnya: ber + warna= berwarna ber+ gembira= bergembira adakah berwarna, bergembira menjadi kata kerja terbitan atau kekal sebagai kata adjektif. Apa pula bentuk pola ayat di bawah: Baju itu berwarna biru ( FN + FK atau FN + FA) Budak itu sedang bergembira di tepi pantai ( FN + FK atau FN + FA)Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 162, golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beR- ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contoh awalan beR- yang bergabung dengan kata adjektif ialah bersedih dan berlapar, dan kata ini akan membentuk kata kerja. Baju itu berwarna biru (FN + FK). Budak itu sedang bergembira di tepi pantai (FN + FK).Tatabahasa26.05.2015
Salam sejahtera. Soalan: Adakah berwarna jingga juga boleh disebut sebagai berwarna oren? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Makna20.04.2016
Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biruSaya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju.Makna11.01.2017
Saya dapati terdapat dua ejaan untuk perkataan "berwarna" dan "bewarna". Mengapa terdapat dua ejaan berbeza walaupun intipatinya adalah sama? Atau adakah terdapat perbezaan dalam penggunaannya? Terima kasih.Kata dasar "warna" menerima awalan "ber-" menerbitkan kata "berwarna". Tidak ada kata terbitan bewarna.Tatabahasa24.05.2016
Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar.Makna25.10.2013
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. ‘Baju saya merah.’ Dalam ayat ini, haruskah perkataan ‘berwarna’ hadir di hadapan perkataan ‘merah’ ataupun ayat tersebut boleh diterima tanpa penggunaan perkataan ‘berwarna’? 2. ‘Kertas itu disalah cetak’ atau ‘Kertas itu dicetak salah’ ? 3. ‘Buku ini mahal.’ Dalam ayat ini, haruskah perkataan ‘harga’ hadir di hadapan ‘buku’ ataupun tidak perlu? 4.’Buku itu saya punya’ atau ‘Buku itu kepunyaan saya’ ?1. Ayat 'Baju saya merah.' boleh digunakan tanpa menambah perkataan 'berwarna' kerana perkataan 'merah' membawa maksud warna seperti darah.
2. Ayat yang betul ialah 'Kertas itu dicetak salah.'
3. Ayat 'Buku ini mahal.' boleh digunakan tanpa menambah perkataan 'harga' kerana perkataan 'mahal' membawa maksud tinggi harganya.
4. Kedua-dua ayat boleh digunakan. 
Tatabahasa30.03.2021
apa itu ''langit kirmizi''?Mengikut kamus Dewan kirmizi ialah warna merah tua. Jadi, langit yang berwarna merah tua.Makna11.05.2007
tuan, saya difahami bahawa kata pemeri ialah, untuk frasa nama manakala untuk kata adjektif, perlu guna adalah. Merah jambu ialah kata adjektif warna. Oleh itu, saya ingin tahu adakah ayat ini betul: Warna gincu pada bibirnya ialah merah jambu. Harap pencerahan. Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Ayat yang betul ialah Gincu pada bibirnya berwarna merah jambu.Lain-lain19.09.2021
Penggunaan bentuk tulisan dan warna memberikan maksud atau perasaan yang berbeza dalam sesebuah penulisan. Sila jelaskan sekiranya; 1. Semua aksara yang digunakan huruf besar. Ianya bermaksud amaran. Adakah ia benar? 2. Semua Aksara yang digunakan berwarna merah. Ianya memberikan maksud marah. Adakah ia benar? Terima Kasih.Tidak ada maklumat yang diperkatakan dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami maklumat yang disampikan mungkin benar dan mungkin juga tidak benar bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya dalam dokumen perjanjian, ada perkataan yang ditulis dengan huruf besar kesemuanya bagi menjelaskan perkataan tersebut agar diambil perhatian oleh pembacanya.Tatabahasa26.07.2012
apakah makna "lazuardi"Lazuardi memberikan dua definisi yang berbeza. Pertama, sj galian berwarna biru tua yang terdiri terutama drp lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat. Kedua, warna biru tua seperti lazuardi. T. kasih. Makna12.07.2008
123

Kembali ke atas