Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wa.wa.san] | برواوسن

Definisi : mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi; sememangnya dia seorang pemimpin yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wa.wa.san] | برواوسن

Definisi : mempunyai wawasan: Beliau disanjung dan merupakan pemimpin yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwawasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Ledakan Kepimpinan Membentuk Mahasiswa Berwawasan' mohon bantuan untuk semak slogan ini betul atau sebaliknya ??Perkataan ledakan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut kerana ledakan bermaksud letupan atau pertumbuhan yang sangat besar berkaitan dengan penduduk atau teknologi. Lihat maklumat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ledakan&d=1 untuk maklumat lanjut.Tatabahasa28.09.2012
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008

Kembali ke atas