1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini? | 1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat. 2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.11.2011 |
kita memerlukn makanan yang ________ berzat atau berkahsiat? munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan mempunyai maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun, yang elbih gramatis ialah berkhasiat. | Tatabahasa | 05.02.2012 |
SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ? | Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat; | Makna | 20.11.2015 |
SAYA NAMA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MALAYU SAYA INGIN BERTANYA TRNTANG APAKAH MAKNA MAKANAN? | Menurut data kami, maksud makanan ialah apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dan lain-lain); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hiduphidupan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebaginya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat; | Makna | 20.11.2015 |