Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Besar kayu dua pemeluk,
     Hendak ditebang berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjolok,
     Mana mendapat bunga yang elok.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Negeri besar,
     rumah besar,
berapa pun panjang perian takkan terantuk.

Bermaksud :

Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan bahagian 9.2.3.9 Kata Adverba, contoh ayat 417. Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang. Mengapakah frasa 'besar panjang' tidak dikategorikan sebagai frasa adjektif binaan dua perkataan, sebaliknya hanya 'besar' dikatakan kata inti dan 'panjang' dikatakan sebagai kata adverba?

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara, iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba menerangkan lebih kepada keadaan.

Tatabahasa18.06.2020
menjadi kembangMenurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;Lain-lain06.08.2007
Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang atau kawasan bebas cukai Rantau Panjang? (Dari segi penggunaan huruf besar / kecil)Dalam konteks nama khas, sepatutnya dieja Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut.Lain-lain28.12.2006
Selamat petang. Pada suatu malam, Si Anak Berkepala Besar ingin mendengar sebuah cerita yang sangat panjang. Dalam ayat ini, seharusnya 'Si Anak Berkepala Besar' atau 'si anak berkepala besar'? Terima kasih.Sekiranya Si Anak Berkepala Besar merupakan gelaran kepada watak dan keseluruhannya menggunakan nama ini, maka seharusnya dieja dengan huruf besar, jika "si anak berkepala besar" hanya sebagai menerangkan sifat-sifat watak, ejaannya huruf kecil.Sastera12.11.2018
kenapa nama orang mesti dituliskan dengan huruf besar pada mulanya dan mengapakah nama orang malayu sangat panjang?Huruf besar digunakan pada nama orang kerana nama orang merupakan kata  nama khas bagi manusia. Bagi soalan kedua penamaan seseorang bergantung pada diri atau pihak berkenaan  yang memilih untuk menamai seseorang.Ejaan15.11.2008
Mengikut cadangan anda, institusi manakah yang mempunyai kursus Bahasa Melayu? Saya sedang mencari kursus bahasa yang sesuai untuk suami saya yang tidak mempunyai pengetahuan tentang bahasa ini.Kursus bahasa Melayu jangka pendek atau jangka panjang berkemungkinan besar ada dirawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa, Lembah Pantai atau Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Lain-lain21.08.2010
Salam, Saya keliru mengenai ejaan samada huruf besar atau kecil digunapakai bagi matapelajaran-matapelajaran. contoh di bawah ini adalah keratan artikel dari PTS: Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu: Huruf kecil untuk nama bidang ilmu. Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH) Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL) Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH) Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL) Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH) Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL)Asalnya contoh yang diberi seperti matematik, kimia fiqah dan sebagainya ialah kata nama am. Kami juga bersetuju jika senarai tersebut merujuk bidang secara umum masih dikategorikan sebagai kata nama am. Walau bagaimanapun merujuk contoh yang diberi kami menganggap subjek tersebut sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar.Ejaan23.11.2008
Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih

Berikut merupakan penjelasan daripada DBP:

  1. Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.   
  2.  Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.  

Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga.

 

 

 

Tatabahasa26.06.2014
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Terima kasih.Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa.Penyemakan dan penterjemahan02.03.2017
Bolehkah 'Katydid' yang merujuk kepada serangga besar hijau dieja sebagai 'katidid' dalam bahasa Malaysia? Jika tidak, adakah 'katydid' harus diitalikkan dalam buku bahasa Malaysia? Terima kasih.

Dalam data Dewan Bahasa dan Pustaka (Ensiklopedia) Katydid dieja sama Katydid, diberikan huraian sebagai serangga besar hijau atau berwarna perang yang mempunyai sesungut yang panjang.

Katydid ialah sejenis belalang bertanduk panjang.

Istilah27.06.2014
123

Kembali ke atas