Adakah kata kerja "beserta" perlu diikuti oleh kata sendi nama "dengan" jika belakang terdapat kata nama? Contohnya: beserta dengan surat ini atau beserta surat ini? | Ejaan yang betul ialah "berserta". Perkataan berserta tidak perlu diikuti dengan perkataan "dengan" kerana berserta itu sendiri sudah bermaksud "dengan". | Lain-lain | 21.07.2014 |
Apakah beza BESERTA dengan BERSERTA? | Ejaan yang betul ialah berserta kerana kata dasarnya ialah serta, dan ditambah awalan ber. | Ejaan | 28.08.2014 |
definisi anak beserta istilah | Anak diberi makna sebagai manusia atau binatang yang masih dalam kandungan atau yang baru lahir atau baka yang diturunkan oleh ibu dan bapa. Untuk melihat makna pelbagai frasa yang dikaitkan dengan anak seperti anak bukit, anak buah dan sebagainya sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 04.10.2009 |
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Lain-lain | 02.02.2010 |
apakah maksud tesaurus beserta contoh ayat | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tesaurus تيساوروس ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. Contoh penggunaan: Keistimewaan tesaurus ini ialah setiap entri dan subentri dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan yang lebih tersusun dan jelas. | Makna | 02.11.2024 |
visual papan iklan beserta ukuran dalam meter persegi dan telah mendapatkan kelulusan daripada dewan bahasa dan pustaka dari segi tatabahasa. | Pembetulan: PERKHIDMATAN LANDSKAP DAN HORTIKULTUR Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 21.09.2015 |
adalah,ialah (guru) beserta atau berserta | hadir di hadapan frasa adjaktif frasa sendi nama -adalah hadir di hadapan kata /frasa nama -ialah | Tatabahasa | 06.03.2012 |
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''. | Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita. | Lain-lain | 12.04.2010 |
makna JAWATAN TERAPUNG BESERTA CONTOH | Bagi mendapatkan jawapan yang tepat, saya sarankan soalan ini diajukan terus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya http://www.jpa.gov.my/ | Lain-lain | 26.02.2008 |
Adakah tanda baca koma beserta elipsis dalam ayat di bawah ini betul? "Segala gaya indah, hodoh, berpeluh,... kita sama-sama sudah nampak." | Cara penulisan elipsis dalam ayat tersebut ialah: "Segala gaya indah, hodoh, berpeluh ... kita sama-sama sudah nampak." (perlu ada jarak sebelum dan selepas titik elipsis, tidak perlu tanda koma)
| Ejaan | 16.05.2024 |