Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.ta] | بيتا

Definisi : (béta) kata ganti diri pertama utk raja; sahabat ~ sahabat hamba, tuan hamba;berbeta menggunakan beta (kalau bercakap dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.ta] | بيتا

Definisi : (béta) huruf kedua dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol B, â. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.ta] | بيتا

Definisi : /béta/ kata ganti diri pertama utk raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
hai.. saya nak buat pencerahan... penggunaan perkataan tuanku, baginda, beta, datuk... adakah perlu kena huruf besar pada pangkal sekiranya berada di tengah ayat? contoh ayat ; "tetapi sampai bila beta akan berdoa kalau beta tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata" "ampun tuanku" Apa guna kekayaan buat baginda senadainya baginda tidak memiliki pewaris adakah perlu hurug besar pada pangkal kata ganti nama pada ayat tersebut?Tidak perlu menggunakan huruf besar jika perkataan tersebut berada di tengah ayat.Ejaan29.03.2017
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?)Kata ganti yang sesuai digunakan:

1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda.
2. Permaisuri kepada putera = bonda
3. Putera kepada permaisuri = anakanda
Istilah19.11.2016
Apakah KGND pertama yang digunakan oleh putera/puteri ketika bercakap dengan rakyat? Adakah 'beta', 'hamba' atau patik? Sesetengah orang berpendapat hanya raja/sultan yang boleh menggunakan KGND pertama 'beta', tidak termasuk kerabat. Mana satu yang tepat?KGND pertama ‘beta’ hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja tidak termasuk keluarga diraja. Tatabahasa30.11.2014
Apakah kesalahan dalam ayat ini. *Beta bercadang untuk membukukan pengalamannya semasa mendaki Gunung Everest.*Beta berhasrat untuk membukukan pengalamannya mendaki Gunung Everest.Tatabahasa01.06.2016
Salam sejahtera, Selain raja, siapakah lagi yang layak menggunakan kata ganti nama diri 'beta' ? Terima kasihKGND pertama ‘beta’ hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja tidak termasuk keluarga diraja. Istilah09.09.2015
Menurut penjelasan DBP pada 30 Nov 2014, ‘beta’ hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja dan tidak termasuk keluarga diraja. Jadi saya ingin bertanya, apakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan oleh puteri/putera semasa berkata dengan rakyat biasa? Terima kasih.Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi putera atau puteri raja semasa berkata dengan rakyat biasa, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "beta" merupakan kata ganti diri pertama untuk raja (Hlmn. 176). Akan tetapi, tidak dinyatakan secara khusus yang kata tersebut hanya digunakan untuk raja atau sultan semata-mata. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan putera atau puteri raja  menggunakan kata ganti diri yang sama, iaitu "beta" kerana mereka juga merupakan keturunan raja.Istilah07.07.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, adakah di bahagian Daftar Rumi-Jawi (Beta) menggunakan ejaan Jawi baharu lagi daripada kamus daftar kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi kedua kerana ada sesetengah ejaan sesuatu perkataan tidak sama. Sila rujuk lampiran yang dilampirkan. Sekian, terima kasihDaftar Rumi-Jawi (Beta) ialah salinan lembut buku Daftara Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi) Edisi Kedua untuk paparan PRPM. Sepatutnya ejaan dalam kedua-dua bentuk salinan adalah sama, namun mungkin berlaku kesilapan sewaktu pemindahan data daripada buku kepada maya. Lain-lain26.08.2015
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih.Selamat petang

    Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.

    Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

    Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

    Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa04.08.2016
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar rumi-jawi versi beta. Sekarang saya sedang menjalankan kajian mengenai mesin transliterasi dan text mining engine yg akan membantu pengkaji manuskrip untuk melakukan content analysis. Jadi saya berminat untuk membina integrasi diantara sistem DBP dan sistem kami melalui API dimana sistem kami menghantar perkataan ke daftar rumi-jawi sistem dan sistem dbp akan respon dengan maklumat yang berkenaan. Saya ingin tahu sekiranya DBP menyediakan perkhidmatan ini? Sekian. Terima Kasih.Untuk tujuan kajian, kami mencadangkan puan berhubung terus dengan Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Khidmat Nasihat Bahasa merupakan pengguna sistem beta yang dibangunkan dan untuk mendapatkan maklumat tentang sistem dan perisian tersebut perlulah merujuk pihak yang berwenang.Lain-lain22.03.2018
ejaan "haji" dari daftar-kata rmi-jawiUntuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana  dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. Lain-lain26.09.2016
12345

Kembali ke atas