Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betapa

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Titik ditampung,
     meresap dipalit.

Bermaksud :

Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah penggunaan 'berapa' dan 'betapa' berbeza? Bolehkah 'how easily can you solve it' diterjemahkan sebagai 'berapa mudahkah anda dapat menyelesaikannya?' atau adakah lebih betul jika kita menggunakan 'betapa'? Terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan berapa bermaksud 1. kata tanya untuk menanyakan jumlah 2, sebanyak mana, sebesar apa 3. bagaimana, betapa, Perkataan betapa bermaksud 1. peri, alangkah 2. sesuai dengan,seperti 3. bagaimana,dengan cara apa. Ayat yang dikemukakan lebih sesuai diterjemahkan sebagai ' betapa mudahkah  anda dapat menyelesaikannya?   Tatabahasa12.06.2008
betapa kuat balingan kuat lagi mampanbetapa kuat balingan kuat lagi keazamanTatabahasa05.06.2007
kebanyakan kanak-kanak tidak betapa berminat dalam membaca kerana banyak infrastruktur moden telah diciptakan. ayat ini betul??Kebanyakan kanak-kanak kurang minat membaca kerana ciptaan pelbagai alatan moden.Tatabahasa26.07.2013
Perbezaan penggunaan perkataan antara walau bagaimanapun dengan bagaimana

Bagaimana bermaksud: 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;

Bagaimanapun bermaksud: biar apa pun yg terjadi;

Kedua-dua perkataan tersebut berlainan maknanya dan sudah tentulah cara penggunaannya dalam ayat pun pasti berbeza. 

Lain-lain21.08.2009
penggunaan tatabahasa di dalam karya sastera terutamanya puisi, adakah pelanggaran tatabahasa dibenarkan? contohnya: Apa yang kau hidu-hidu, di ambang pintu itu? = 'kau' dan perbuatan 'hidu-hidu' sepatutnya rapat? Betapa kau di luar tadi, di jalan pergunungan, =penggunaan kata ganti nama kau (sepatutnya engkau)Lecentia poetica, iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Walau bagaimanapun lecentia poetica lebih kepada gaya penulisan, manakala aspek tulisan masih perlu akur kepada pedoman ejaan yang ada. Oleh itu, ejaan yang betul ialah kauhidu ... dan kau di luar .... (kata sendi nama di tidak ditulis bersambung dengan huruf sebelum atau selepasnya).Sastera13.09.2011
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaanMerujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna18.08.2010
Assalamualikum dan Selamat Sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'kredibel'. Adakah perkataan ini boleh digunakan dan sekiranya tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk mengantikanya. Saya sering menggunakan perkataan kredibel untuk menunjukkan betapa wibawa, tepat, boleh dipercayai dan sebagainya bagi sesuatu maklumat. terima kasih tuan.Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan padanan bahasa Melayu bagi perkataan credible ialah boleh dipercayai.  Istilah27.08.2008
Saya rasa salah satu halangan dalam pembelajaran bahasa Melayu bagi penutur bukan asli ada pada kata kerja. Kata kerja tidak seperti kata nama boleh merujuk kepada satu objek yang boleh nampak. Semasa saya berada di sekolah menengah dahulu, saya baca novel bukit kepong. Pada masa itulah saya sedar betapa rumitnya nak memahai kata kerja secara terperinci. Saya pernah mencadangkan buat satu kamus kata kerja kepada bos saya. Tetapi selepas saya mencadangkan benda ini barulah saya sedar betapa bodohnya cadangan saya itu. Bagaimanakah sebuah kamus yang hanya dimasukkan kata kerja berfungsi? Tetapi saya masih harap ada kajian terhadap bidang ini(kata kerja) dilakukan.Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata kerja ditakrifkan sebagai perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Sebagai orang awam terutamanya yang tidak ada asas linguistik agak sukar untuk memahami tafsiran sedemikian. Semoga buku Tatabahasa Dewan, edisi pelajar yang bakal terbit dapat membantu kita mempelajari dan lebih memahami bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2012
" Berapa pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang," kata Tun Telanai kepada Bendahara Ali yang berdiri di hadapannya. apakah kesalahan tatabahasa di atas dan apakah yang sepatut digunakan?Berapa pun bermaksud bagaimanapun, betapa pun. Kata berapa pun perlu ditambah dan menjadi "berapa ramai pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang" untuk melengkapkan ayat.Tatabahasa18.07.2008
apakah kewajaran penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, antara lain termasuklah untuk mengayakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sastera. Pelajar atau guru dapat melihat betapa bahasa Melayu dapat digunakan secara meluas dalam pengukapan sastera, misalnya novel, sajak dan pantun. Estetika bahasa Melayu dapat di;hat dalam pengungkapan sastera. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Pusat Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Kuku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain13.01.2008
12

Kembali ke atas