Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ti.na] | بتينا

Definisi : 1. binatang yg melahirkan anak atau mengeluarkan telur: kuda ~; ayam ~; 2. bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; 3. bp panggilan kesat kpd wanita yg kelakuannya menyimpang drpd norma masyarakat: “memang kau ~ pisau cukur”; 4. lwn jantan: embun ~; kasau ~; ketam ~; kokot ~; baik jadi ayam ~ supaya selamat prb tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat; kebetinaan perihal (sifat) betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti.na] | بتينا

Definisi : jenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan: ayam ~; bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina,
     supaya tidak ada bencana.

Bermaksud :

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah kedua-dua ayam jantan dan ayam betina berkokok? 2. Apakah bunyi yang ayam betina hasilkan dipanggil? Terima kasihSalam sejahtera,

Kebiasaannya, hanya ayam jantan yang berkokok manakala ayam betina pula berketuk. Berketuk merujuk kepada bunyi ayam yang baru bertelur.

Terima kasih.
Lain-lain24.01.2018
Salam sejahtera, Yang mana satu betul: (a) telur berasal dari pada unggas betina atau (b) telur berasal daripada unggas betina? Sekian terima kasih!Penggunaan perkataan yang betul ialah telur berasal daripada unggas betina.Tatabahasa02.11.2020
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
Why does a female kanggaroo keep its young in her pouch? terjemahan yang manakah lebih sesuai 1) Mengapakah kanggaru betina membawa anak di dalam kantung? 2) Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung?Berdasarkan ayat bahasa Inggeris tersebut, terjemahan yang boleh digunakan ialah Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung?Penyemakan dan penterjemahan20.04.2019
Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut:
Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong.
Lain-lain19.05.2012
Adalah dengan rendah hati kami memohon jasa baik dan khidmat nasihat daripada pihak Tuan untuk memberikan maklumat bagi maksud peribahasa atau kiasan berikut:- "Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.".
Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (halaman 164), ada peribahasa yang berbunyi Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung yang bermaksud, keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya, manakala Disergah biawak digadai reban merupakan kiasan yang harus ditafsirkan berdasarkan maksud penulis atau penuturnya.
 
Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.
Sastera17.02.2025
Sam Nizar Taufick 6:14PM kenapa perkataan kemaluan digunakan untuk menterjemah alat kelamin?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud alat kelamin ialah kemaluan manusia atau binatang pada laki-laki atau perempuan, jantan atau betina. Manakala maksud kemaluan pula merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah alat kelamin pada manusia lelaki atau perempuan, dalam keadaan malu, berasa malu, rasa malu, rasa aib, sesuatu yang memalukan, keaiban.Istilah02.08.2016
Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut : 1. Bagai dagu melebihi hidung 2. Bagai lintah naik ke darat 3. Bagai muka bantal, berliur basi 4. Bagai murai tercabut ekor 5. Bagaikan empedu bersalut madu, pahitnya tiada terbilang 6. Bagaikan gading gajah betina, panjangnya tak sejengkal mana 7. bagaikan racun di dalam cawan, air di ceret ditumpahkanPeribahasa bagai murai dicabut ekor bermaksud perempuan yang suka bercakap banyak (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.Sastera04.09.2024
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih

1. Boleh digunakan juga perkataan minda

2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja.

3. tempoh

4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya

Tatabahasa06.10.2010
12

Kembali ke atas