Ejaan yang betuk bagi Kontinjen atau Kontingen? | Ejaan yang betul ialah kontinjen. | Ejaan | 05.06.2008 |
penggunaan ayat di bawah betuk ke salah. Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia. Mohon beri penjelasan. | Ayat yang puan berikan ialah "Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia." Ayat ini boleh diperbaik sedikit kepada: Kesihatan diri merupakan aset penting bagi kehidupan yang sihat dan bahagia. | Lain-lain | 11.10.2016 |
Salam Sejahtera, Adakah peribahasa ini betul? 1.BAGAI BETUK MELEPASKAN DI TANGGA ATAU 2.BAGAI BATUK MELEPASKAN DI TANGGA | Untuk makluman, walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa yang tepat ialah “Melepaskan batok di tangga”, DBP masih mengekalkan penggunaan bentuk yang sedia ada, iaitu "Melepaskan batuk di tangga" seperti yang terdapat dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.05.2018 |
manakah antara perkataan yang berikut betul komplek membeli-belah atau komplek beli-belah. nyatakan juga alasannya. | Tengku Noor terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penggunaan yang betuk ialah Kompleks Beli -belah kerana ini merupakan nama sesuatu tempat manakala Kompleks Membeli belah lebih membawa seolah-olah kompleks itu sedang membeli belah. Terima kasih | Istilah | 29.08.2009 |
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import. | 1. Pemasukan kata ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut. 2.Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. 3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata ianya muncul semula dalam tahun 1960-an. 4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796). | Makna | 26.08.2022 |
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih. | Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah; 1. melaksanakan tanggungjawab 2. tidak berasa gerun 3. menguatkan diri 4. agak gugup. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |