| Assalamualaikum Tuan, betul kah ejaan Akademi Iqra' Ummum al-Husna Kalau dalam huruf besar sama juga kah ejaannya AKADEMI IQRA' UMMUM AL-HUSNA Terima kasih. | Kedua-dua bentuk ejaan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. | Ejaan | 21.02.2020 |
| saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli... | Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~. Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api. Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. | Makna | 09.04.2009 |
| Yang mana yang tepat ejaannya. Betulkah / Betul kah? | Ejaan yang betul ialah betulkah. | Ejaan | 06.12.2011 |
| Chit Watt Aug 8th, 6:52pm Oh, begitu. Terima kasih atas penjelasan. Adakah ini maksudnya ejaan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur , betul kah? Saya cuma nak faham secara jelas kekeliruan yang dihadapi selama ini. Sistem ejaan baru telah wujud sejak 1972 namun sepanjang hayat hidup saya, asyik terkeliru apabila orang tegur ejaan dari sama ada ke samada lepas tu sama ada kembali. Sama juga dengan ejaan ibu bapa. Memang selalu terkeliru. Kementerian pelajaran dan para guru juga tidak jelas mungkin berkenaan hal ini. Ini saya baru saja tahu. | Untuk pengetahuan tuan, ejaan bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah ejaan lama kerana DBKL digazetkan sebelum tahun 1970. Mana-mana yang digazetkan selepas 1970, ejaan tersebut ditulis dalam dua perkataan. Harap maklum. | Ejaan | 08.08.2014 |
| saya ada kemusyikilan tentang ejaan jawi iaitu untuk menulis KE - 9 (bagaimana untuk menulis kaf tersebut), contoh saya sertakan, betul kah saya gunakan KAF tunggal tersebut. | Ejaan yang betul ialah “ک-9”. | Lain-lain | 29.04.2025 |
| Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tq | Ayat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba. | Tatabahasa | 26.08.2008 |
| Salam sejahtera. Ayat tanya tanpa penegas "kah" betul atau sakah? Terima kasih. | Ayat Tanya tanpa partikel "kah", seperti Berapa harga baju ini? adalah betul. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
| Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran -kah, -tah dan -lah penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
| Tatabahasa | 07.10.2015 |
| Jom terokai Perak" ada kah betul ayat ini | Ungkapan Jom terokai Perak betul dan telah digunakan dalam promosi di media. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
| Salam sejahtera! Perkataan "ya" seringkali disebut sebagai ia/iya. Ejaan mana yang betul "ia" atau "iya". Seterusnya, jika ia/iya digabungkan dengan "kah", adakah ianya dicantumka? Contoh: iakah/iyakah atau ia kah/ya kah Sekian, terima kasih! | Kata yang digunakan untuk membenarkan sesuatu ialah ya atau ia. Dalam konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah "betulkah" kerana ia dan ya digunakan dalam ayat penyata, bukan ayat tanya. | Ejaan | 03.06.2020 |