| Betulkah penggunaan perkataan daripada bagi ayat berikut? Kegiatan-kegiatan ini diadakan untuk semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga warga emas. | Ayat yang betul ialah "Kegiatan ini diadakan untuk semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak sehingga warga emas." | Lain-lain | 17.06.2025 |
| Betulkah penggunaan nama "pucuk awal" dan serpihan cili pada labrl produk? Bukankah sepatutnya pucuk muda dan serbuk cili kasar. Sekian | Sila berikan makna dan konteks penggunaan “pucuk muda” dan “serpihan cili” bagi memudahkan kami memberikan cadangan perkataan yang sesuai. | Istilah | 02.11.2024 |
| Betulkah penggunaan dan ejaan pun dalam ayat ini “Pemalas, berkira, minta tolong pun susah” Zetti berteriak lagi. | "Pemalas dan berkira, minta tolong pun susah!", Zetti berteriak lagi. Ayat ini boleh digunakan dalam dialog. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| Betulkah penggunaan perkataan Alah, takkan dan tanda seruan ! dalam ayat ini “Alah! tolonglah. Takkan tolongpun tak boleh." | Perkataan "Alah" tidak mempunyai maksud dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) sebagai Kata Seru. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan "Alah" perlu digugurkan. "Takkan" merupakan singkatan bagi tidak akan dan hanya boleh digunakan dalam konteks perbualan tidak formal sahaja. Maka, ayat yang betul ialah "Tolonglah! Takkan tolong pun tak boleh." | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| betulkah ayat di bawah 1. Syarikat A berpangkalan di Kuala Lumpur. | Syarikat A berpangkalan di Kuala Lumpur. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| Betulkah penggunaan perkataan takkan dalam ayat ini "Takkan tolongpun tak boleh," ujar Zetti. | Penggunaan ayat yang betul ialah "Takkan tolong pun, tak boleh," ujar Zetti. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| Betulkah penggunaan tanda seruan ! dalam ayat ini “Eh! Bukan sayalah yang bertugas hari ini,” ujar Sarah dengan yakin. | Penggunaan tanda seru yang betul ialah "Eh, bukan sayalah yang bertugas hari ini!", ujar Sarah dengan yakin. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| Betulkah penggunaan "pada" dalam ini: Adakah anda menghadapi masalah menumpukan perhatian semasa menonton filem, membaca atau menghadiri kuliah? Atau pada aktiviti yang menyeronokkan seperti sukan atau permainan papan? | Penggunaan perkataan “pada” dalam ayat tersebut tidak tepat. Kata sendi “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Ayat yang betul ialah “Adakah anda menghadapi masalah menumpukan perhatian semasa menonton filem, membaca, menghadiri kuliah atau dalam aktiviti yang menyeronokkan seperti sukan dan permainan papan?" Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 274-276. | Tatabahasa | 25.09.2024 |
| Betulkah ayat di bawah ini? - 1.saya akan melaporkan kes ini kepada ibu bapa. 2. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu kerana dia tidak melakukan kerjanya semasa gotong-royong. 3. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu. Terima kasih | Semua ayat tersebut betul: 1. Saya akan melaporkan kes ini kepada ibu bapa. 2. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu kerana dia tidak melakukan kerjanya semasa gotong-royong. 3. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu. Terima kasih.
| Lain-lain | 15.07.2024 |
| Betulkah penggunaan , sebelum dan contoh ayat: Pegawai yang dilantik untuk mengurus, memberi khidmat sokongan, dan menyelaras pelaksanaan modul Sistem HRM Baharu. | Sila hantar semula soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul. | Tatabahasa | 17.05.2024 |