| Reinforcing within expanding beyond | Memperteguh ke arah expanding beyond - menjangkau sempadan | Lain-lain | 12.01.2009 |
| Apakah terjemahan terbaik untuk ungkapan "beyond recall". Terima kasih. | Sdr. Badailah, makna 'beyond recall' secara terus atau harafiahnya ialah tidak upaya untuk mengingatkan semula. Terima kasih kerana menggunakan KNBDBP. | Makna | 17.02.2009 |
| Assalamualaikum. saya ingin mendapatkan makna dalam bahasa melayu bagi ayat di bawah: 1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom Kesan yang lambat selepas tiga jam simptom kelihatan. 2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom Kelewatan kesan selepas tiga jam simptom kelihatan. Walau bagaimanapun, cadangan padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 13.07.2021 |
| Adakah kata akar takhlisan itu ialah takhlis? Jika ya, bolehkah saya gunakan seperti dalam ayat ini: 'Saya sudah tidak dapat ditakhliskan lagi.' (I am beyond salvation). | Untuk makluman tuan/puan perkataan takhlis tidak terdapat dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan edisi keempat, terdapat perkataan takdis yang bermaksud penyucian, pengudusan; dan penambahan imbuhan bagi perkataan ini ialah mentakdiskan/ditakdiskan ( kata akarnya ialah takdis). Oleh itu, binaan ayat yang dicadangkan ialah “Saya sudah tidak dapat ditakdiskan lagi” atau "saya sudah tidak dapat disucikan lagi”. Terjemahan yang tepat bagi “I am beyond salvation” pula ialah “ Saya sudah tidak dapat diselamatkan lagi”. | Ejaan | 07.04.2018 |
| Salam, bagaimana sekiranya tagline kami adalah di dalam Bahasa Inggeris, contohnya "Lessons Beyond Classroom" | Cadangan kami slogan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun jika slogan tersebut dijadikan sebagai tanda dagangan (trademark) syarikat tuan, kami tiada halangan dalam penggunaannya. Namun apabila syarikat tuan (berserta slogan) diiklankan hendaklah ada keterangan iklan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.11.2012 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan bagi beberapa perkataan bagi tujuan penulisan tesis saya: i. Organizational Citizenship Behavior toward Environment - This refers to voluntary actions taken by employees that go beyond their formal job requirements to benefit the environment. ii. Green Involvement - refers to the active participation of employees in environmental sustainability efforts within their organization. iii. Green Empowerment and Engagement - It involves empowering employees to take an active role in promoting sustainability and engaging them in initiatives to reduce negative impacts on the environment. Perkataan-perkataan ini berada di dalam bidang sains sosial. Harap pihak DBP sudi memberi maklum balas untuk pertanyaan ini | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior toward Environment ialah Sikap Warga Organisasi terhadap Alam Sekitar. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Involvement ialah Pelibatan Hijau. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Empowerment and Engagement ialah Pemerkasaan dan Keterlibatan Hijau. | Lain-lain | 05.05.2023 |
| Salam diucapkan kepada pihak pentadbir DBP. Saya mahu minta cadangan mengenai padanan istilah untuk kata "synarchism" dalam bahasa Melayu. Adakah benar padanan sesuai yang dapat diberikan untuk perkataan tersebut ialah "Sinarkisme"? Menurut Wikipedia, Synarchism ialah: "Synarchism generally means "joint rule" or "harmonious rule". Beyond this general definition, both synarchism and synarchy have been used to denote rule by a secret elite in Vichy France, Italy, China, Hong Kong and Mexico." | Cadangan padanan istilah bahasa Inggeris synarchism dalam bahasa Melayu ialah "sinarkisme". Pembentukan ini dibuat berdasarkan penyerapan daripada perkataan bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan. | Istilah | 03.02.2021 |
| Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |