Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak tanya singkatan yang digunakan dbp dalam kamus. Kalau 'bp' maksudnya bahasa percakapan. Apa maksud singkatan 'bh'? Adakah perkataan dalam kategori 'bh' boleh digunakan untuk urusan rasmi?Singkatan perkataan bagi bh ialah bahasa halus. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (contoh: meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya). Maka bahasa halus boleh digunakan dalam ayat bagi urusan rasmi.

Tatabahasa02.11.2020
Perkara yang sama telah dikemukakan pada 4.12.2008 tetapi belum dijawab. Saya kemukakan sekali lagi. Menurut Klik DBP"BH- 'baru'@ (just) kata bantu manakala 'baharu'@ (new) ialah kata adjektif. Apabila dirujuk Kamus Dewan Edisi 4: m.s.105 (baharu) dan m.s. 131, makna kata-kata tersebut tidak sama yang dijelaskan. Tolong jelaskan.Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan.Tatabahasa05.12.2008
Salam sejahtera, Soalan saya adalah berikut. Mengapakah kata nama khas Hari Guru tidak digandakan menjadi Hari Guru-guru. Sepertimana dlm bh Inggeris Teachers' day yakni perkataan teachers telah digandakan utk menandakan jamak. Berbeza dgn Hari Ibu, kita menyambut hari itu khas utk seorang ibu tetapi hari guru selalunya sambutan utk para guru yang dikenali. Adakah salah dari segi tatabahasa jika hari guru dinamakan sbg Hari guru-guru?Penambahan huruf "s" dalam bahasa Inggeis mempunyai pelbagai makna, iaitu:

a)  menunjukkan bilangan lebih daripada satu ("plural")
b)  menunjukkan perbuatan lazim ("present tense") bagi objek "singular". 
c)  menunjukkan kepunyaan

Berdasarkan soalan tersebut, penggunaan huruf "s" dalam frasa "Happy Teachers' Day" bukan bermaksud jamak ("plural") tetapi bermaksud "kepunyaan". 
Lain-lain21.05.2022
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk kita meminta sesuatu melalui persuratan. DIMOHON atau DIPOHONMakna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";
Perkataan pohon juga bermaksud meminta.   Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 
Tatabahasa21.10.2014
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai?

Saudara,

Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud meminta.   Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

Makna01.12.2009
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1.  bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut.  

Istilah03.12.2010
apakah maksud sahabatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.Ejaan28.02.2015
As Salam / Salam sejahtera Soalan : Kayu ______________ itu sangat sesuai dibuat sarung parang. A. jati B. kemuning C. merbau D. teja Terima kasih atas kerjasamaTiada maklumat berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun dalam carian maklumat melalui internet di bawah tajuk "Guru parang dan pisau pada hujung minggu"(BH Online) ada menyatakan Kayu Kemuning sesuai untuk dibuat sarung parang.Lain-lain30.05.2018
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan.Lain-lain16.08.2013
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih

berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169)

Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati.

Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung.

Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas.

Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.



Makna04.02.2025
12

Kembali ke atas