Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bhs


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah.Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih.Lain-lain27.10.2006
Saya memerlukan pertolongan penterjemah (Bhs Melayu-Bhs Inggeris). Dokumen yang perlu diterjemah adalah Sijil Perkahwinan. Ini adalah untuk aplikasi visa ke New Zealand. Adakah orang yang boleh tolong saya? Saya perlu tahu berapa lama and berapa kos untuk perkhidmatan ini. Terima Kasih/Coco

Khidmat Nasihat Bahasa tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel www.terjemah@tm.net.my. Urusan tentang terjemahan termasuklah jumlah bayaran yang dikenakan boleh berbincang dengan Puan Suzana atau Puan Saodah.

 

Lain-lain06.07.2011
bhs supranasional???? cth utk bhs ini...Bahasa supranasional ialah bahasa yang melangkaui sempadan atau kepentingan negara.Lain-lain08.11.2006
Pertanyaan BM secara rasmi kini dikenali sebagai Bhs Melayu atau Bhs Malaysia?Di dalam Perkara 152,Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh yang demikian, perkataan bahasa Melayu lebih tepat digunakan. Walau bagaimanapun
dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.
Lain-lain03.12.2012
knP bhs melayu sentiasa berubah.Perubahan yang berlaku dalam bahasa Melayu adalah kerana wujud penemuan terbaharu dalam sesuatu aspek, misalnya istilah, tanda baca, makna, hukum, dsb. Perubahan yang sama turut berlaku dalam semua bahasa termasuk bahasa Inggeris dalam tempoh yang panjang. Bahasa Melayu baru mengalami perkembangan awal dan proses pemantapan akan sentiasa berlaku dari semasa ke semasa.Makna27.10.2006
i ckp kagum krn DBP telah wujud lama sehingga buku sej pun ada rekodnya dgn motif memelihara bhs kebangsaan ngr.namun kalau sering kali berubah2.maka bkn saje menyusahkn malahn mewujudkn jurang perbezaan atr pengguna bhs.Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih.Lain-lain27.10.2006
ibu saudara dlm bhs melayu lamaIbu dalam bahasa Melayu lama ina, tetapi ibu saudara tidak ada dalam sumber rujukan kami. Istilah06.01.2009
Salam. Perkataan umi (drpd bhs. arab) bermaksud ibuku. Adakah 'umi' kata nama khas atau KN am? adakah penggunaan ayat berikut betul atau salah? 1. Aku pergi ke kedai bersama umiku. 2. Aku dan umi menonton. televisyen. (umi huruf kecil) 3. Aku dan Umi menonton televisyen. (umi huruf besar) tkumi merupakan gelaran yang sama untuk ibu.Penggunaannya sama dengan ibu. DItulis dengan huruf kecil.Tatabahasa06.12.2012
slm sejatr.saya perlukan penerangan tentang fonologi bhs melayu yg terdapat dalam sukatan pelajaran STPM.Mohon sdr. menghubungi Pegawai di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia  atau  melayari laman web Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) http://www.ppk.kpm.my/. Hal ini kerana soalan sdr berkaitan dengan skop atau bidang tugas Kementerian Pelajaran.Lain-lain09.03.2008
Saya sedang membuat kajian tentang cerpen bertajuk "Pisang untuk Beruk Merdeka" yg dikarang oleh Tie Camar dikeluarkan oleh majalah Pelita Bahasa Aprril 2008. Saya kena ulas dari aspek bahasa sastera seperti bhs kiasan. Dalam bahasa kiasan ada 9 item yg perlu sy komen .... boleh tolong saya bagaimana saya nak huraikan dengan baik.Bahasa kiasan mempunyai sembilan (9) aspek. Berdasarkan karya tersebut, sdr buatkan bandingan atau contoh teks (berdasarkan cerpen berkenaan) dan kaitkan dengan aspek  yang mendasari bahasa kiasan. Sebagai contoh, pisang kiasannya untuk makanan atau pengisian kepada pengertian kemerdekaan berdasarkan kepada watak beruk. Dalam hal ini, untuk lebih jelas sdr. perlulah berbincang dengan guru yang memberi arahan kerja projek tersebut. Sekian dan salam.Lain-lain21.02.2009
12

Kembali ke atas