Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. | Conversation started today Nadi Merah 12:14pm Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. Dewan Bahasa Dan Pustaka 12:29pm Dewan Bahasa Dan Pustaka Waalaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mencadangkan agar saudara menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Moga membantu. Sekian. | Lain-lain | 03.06.2014 |
ejaan untuk kata biadap atau biadab? lembab atau lembap? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah biadab dan lembap. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
salam, saya keliru dengan ejaan sebenar bagi perkataan 'biadap'. mana satu yang betul? 'biadap' atau 'biadab'? 'kebiadapan' atau 'kebiadaban'?. utk pengetahuan saudara, saya telah merujuk dlm 'carian kata' tetapi saya dapati kedua-dua perkataan tersebut wujud dalam bm dan mempunyai maksud yang sama. diharap saudara dapat membantu saya. terima kasih. | Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Aminah dimarahi oleh ibunya kerana bersikap biadab terhadap orang - orang tua. Soalan saya: Orang-orang tua atau orang tua-tua? Mengapa? Terima kasih | Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah "Aminah dimarahi oleh obunya kerana bersikap biadap terhadap orang-orang tua." 1. Orang tua-tua bermaksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2. Orang-orang tua pula bermaksud golongan warga emas.
| Tatabahasa | 18.03.2015 |
berkaitan perkataan biadap/biadap adakaha kedua-duanya boleh di gunakan | Ejaan yang betul ialah biadab. | Ejaan | 12.06.2012 |
apakah fungsi kesantunan bahasa pada zaman ke arah kemajuan? | Kesantunan bahasa penting supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kesantunan mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri melibatkan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. | Lain-lain | 06.09.2006 |
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai | Terhadap - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh: Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Ibu bapa perlu berperanan penting ___ keselamatan anak-anaknya. 'tentang' / 'dalam' / 'terhadap', yang manakah paling sesuai ? | Terhadap - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Jawapan yang paling tepat ialah tentang. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya). 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya): 2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu. 3. Invasive Species - Spesies Invasif 4. Asessment - Penilaian/Taksiran | Istilah | 19.04.2016 |
Saya telah membuat analisis terhadap masalah yang ditinjau. Adakah penggunaan perkataan "terhadap" betul? | Kata sendi nama ‘terhadap’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Kata sendi nama ‘tentang’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Maka ayat yang betul: Saya telah membuat analisis tentang masalah yang ditinjau. | Tatabahasa | 15.10.2014 |