Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minta pembetulan ayat ini 1. " SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA PENGARUHI NAFSU"Jawapan yang betul ialah 1. " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA DIPENGARUHI NAFSU"Lain-lain30.09.2010
Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya.Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan.Tatabahasa08.03.2012
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
Apakah beza antara perkataan berhambus dengan berambus?kedua-dua perkataan berhambus dan berambus mempunyai maksud yang sama pergiĀ­lah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini. Perkataan yang baku alah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan.  Ejaan19.10.2018
Furry fandom dan funny animal adalah istilah yang digunakan untuk genre cerita berunsurkan haiwan seperti Mickey Mouse dan Goofy. Adakah sesuai saya terjemahkan sebagai "fandom berbulu" dan "haiwan kelakar" atau biarkan sahaja istilah itu dan digunapakai dalam penulisan Bahasa Melayu? Kemudian terangkan sahaja dalam konteks yang akan ditulis nanti?Belum ada lagi istilah dalam bahasa Melayu untuk Furry Fandom dan funny animal.  Tuan/puan boleh menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris untuk penulisan bahasa Melayu tetapi perlu ditulis dalam huruf condong (italic). Kemudian terangkan maksud istilah itu dalam konteks yang akan ditulis.Istilah18.06.2017
PERGERTIAN JENAYAH BERAT DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAHSila rujuk bahan ini : Imbangan antara melindungi masyarakat dengan kepentingan penjenayah A. M. Nizam Dewan Masyarakat 01/10/1996 Jenayah tidak lagi bersifat tempatan" [Diwawancara oleh A. Zaidel A. Jamil] Musa Datuk Haji Hassan, Tan Sri, Dewan Masyarakat Jangan biarkan jenayah terus meningkat Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1998 Jenayah di kalangan pelajar Dewan Siswa 01/07/1987 . Jenayah pelajar meningkat Aidilnur Ahmad Wahiduddin Dewan Siswa 01/06/1993 . Jenayah remaja meningkat? Noha Abdullah Dewan Siswa 01/04/1990 Terperinci Jenayah remaja, siapa bersalah? Zuraida Jaafar Dewan Siswa 01/08/1983 Punca peningkatan kes jenayah Dewan Masyarakat 01/01/2005 Terperinci Remaja dan jenayah Amiruddin Md. Akhir Dewan Siswa 01/07/1995Lain-lain08.09.2007
Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih.Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing.Tatabahasa10.02.2017
'Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). ' Petikan ini memberikan penjelasan terhadap makna perkataan gejala. Masalah berlaku apabila wujudnya frasa 'gejala rasuah'. Soalan saya, apakah itu gejala rasuah? Tanda-tanda akan berlakunya aktiviti rasuah? Gelagat seseorang yang mahu melakukan perbuatan rasuah? Adakah gejala rasuah ada dibuat kajian? Bolehkah kita menggunakan frasa 'gejala rasuah'? Harap dapat penjelasanMerujuk kepada makna gejala, iaitu tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, maka frasa "gejala rasuah" boleh difahami maksudnya sebagai tanda-tanda akan berlakunya rasuah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang gejala rasuah sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan, contohnya makalah Usah biarkan gejala rasuah, Berita Harian 21.05.1998 dan Gejala rasuah adalah ibu segala penyakit, Milenia Muslim Julai 2006.Makna22.04.2012
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih.Ayat yang betul:

1. Saya mabuk pada malam itu
2. Apa patut saya lakukan?
3. Ayat ini kedua-duanya salah
4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita!
5. Berikan saya masa
6. Saya memerlukan rehat
7. Saya benci akan dia
8. Saya sangat kesunyian
9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa.
10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. 
Tatabahasa30.08.2017

Kembali ke atas