Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan "santapan". Adakah perkataan ini boleh digunakan dalam majlis yang biasa-biasa dan tidak melibatkan majlis kerabat diraja? Contoh, dalam pertandingan syarahan peringkat zon, bolehkah saya gunakan santapan pagi? | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020;1962) kata santap berlabel bahasa diraja. Bahasa diraja ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja, golongan istana atau antara keluarga diraja dengan rakyat jelata. Bahasa istana bermaksud perhubungan kebahasaan yang mana sekurang-kurangnya salah satu pihak itu terdiri daripada keluarga diraja. Oleh sebab itu, kata santapan (kata terbitan daripada kata santap) sesuai digunakan dalam majlis yang dihadiri oleh keluarga diraja. Bagi pertandingan syarahan peringkat zon misalnya, kata yang dicadangkan ialah sarapan atau minum pagi, jika tiada kehadiran kerabat diraja. | Makna | 04.06.2024 |
Apakah fungsi ayat songsang dalam bahasa Melayu? | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 15.06.2016 |
Apakah maksud pantun ini?Biasa berpisau,jangan berparang,Biasa pada kau,jangan bawa ke orang.Manakala bagaimanakah membina ayat dengan menggunakan pantun ini? | Pantun tersebut boleh ditafsirkan sebagai jangan mengajak orang lain mencontohi atau mengikut perbuatan buruk kita. | Makna | 03.02.2021 |
Saya Faisol Kama Sedang Belajar Baahasamelayu Dasar di Universiti Fatoni. ingin DBP,Maksud Ayat Sunsung Terima kasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 08.09.2016 |
Saya Chenabilah binti Chebueraheng sedang belajar di universiti Fatoni, bahasa melayu dasar ingin tentang bertanya bahas. apakah ayat sungsang? Terimakasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 29.01.2016 |
Songsangkan ayat berikut: Program itu dilaksanakan sepanjang tahun. Bolehkah ayat songsangnya seperti berikut: Sepanjang tahun program itu dilaksanakan. Jika tidak boleh kemukakan alasan dan jawapan yang betul. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dilaksanakan sepanjang tahun (predikat) program itu (subjek). | Tatabahasa | 05.09.2016 |
PINTU BIASA THC SECURITY DOOR | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 16.01.2019 |
Kita biasa dengar atau baca sumbangan DBP kepada masyarakat, tetatpi jarang sekali kita dengar tentang sumbangan masyarakat kepada DBP. Adakah apa-apa artikel atau pendapat tenteng sumbangan masyarakat kepada DBP? Dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang perkara ini? | Saudara bolehlah ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP bagi mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Saya biasa dengar peribahasa menahan lukah di pergentingan, baru-baru ini saya terbaca pulak ada menahan lukah di penggentingan. Adakah pergentingan dan penggentingan itu perkataan yang sama maksud walaupun sedikit berlainan ejaan dan boleh juga diterima dari segi bahasa? | Ejaan yang betul ialah pergentingan yang bermaksud tempat yang genting. Penggentingan bermaksud perihal atau perbuatan menggentingkan. | Ejaan | 04.03.2008 |
Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang. Soalan : Kami akan menyelesaikan masalah itu dengan kadar yang segera. Ayat Songsang : ? | Ayat yang betul ialah “Dengan kadar segera kami akan menyelesaikan masalah itu”. | Tatabahasa | 27.11.2023 |