Adakah "Tekak Biawak" terdapat dalam simpulan bahasa? | Untuk makluman, tidak terdapat simpulan bahasa "tekak biawak" dalam Kamus Peribahasa Bahasa Melayu terbitan DBP. | Lain-lain | 10.08.2016 |
apakah maksud peribahasa Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat? | Peribahasa "Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat" tidak terdapat dalam rujukan kami iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) dan Kamus Peribahasa (Abdullah Hassan) | Lain-lain | 23.06.2008 |
Tuan,berapakah suku kata perkataan di bawah?Terima kasih. 1)biawak 2)siasat | Suku kata perkataan tersebut: 1. biawak - 3 suku kata 2. siasat - 3 suku kata | Tatabahasa | 20.10.2015 |
Simpulan Bahasa "Tekak Biawak" kerap digunakan oleh generasi terdahulu. Rujukan secara rambang mendapati ia digunakan secara meluas malangnya ramai yang tidak memahaminya kerana kurang pendedahan. Adakah DBP berhasrat untuk mendaftarkan Simpulan Bahasa ini agar ia tidak hilang ditelan zaman? | Tidak ada maklumat tentang frasa "tekak biawak" dalam sumber rujukan kami. Melalui carian di internet juga tidak menemukan bukti yang jelas tentang penggunaan frasa berkenaan, kecuali dalam komunikasi tidak rasmi. | Tatabahasa | 10.08.2016 |
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup? | Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup. | Lain-lain | 20.07.2010 |
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly? | 1. Perkataan reriang boleh digunakan. 2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung. | Tatabahasa | 24.09.2017 |
Adalah dengan rendah hati kami memohon jasa baik dan khidmat nasihat daripada pihak Tuan untuk memberikan maklumat bagi maksud peribahasa atau kiasan berikut:- "Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.". | Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (halaman 164), ada peribahasa yang berbunyi Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung yang bermaksud, keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya, manakala Disergah biawak digadai reban merupakan kiasan yang harus ditafsirkan berdasarkan maksud penulis atau penuturnya. Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema. | Sastera | 17.02.2025 |
1. Ali dan Muthu bermain dengan riang-riang. * merujuk kamus dewan edisi ke-4, m.s.1329 riang-riang I ; biawak riang-riang II; sejenis serangga yg sayapnya lut sinar Berdasarkan ayat 1, riang-riang mungkin merujuk kepada maksud II, iaitu sejenis serangga. Maka ayat 1-bermaksud Ali dan Muthu sedang bermain dengan serangga yang berkenaan(reriang=riang-riang). Soalan: Adakah ayat 1 betul kalau bermain dengan serangga yang dimaksudkan itu ? Sekian ,terima kasih. | Sekiranya riang-riang yang bermakna sejenis serangga yang dimaksudkan, ayat tersebut boleh dibaiki dengan menambahkan kata bilangan (ekor) untuk mengelakkan kekeliruan; contohnya Ali dan Muthu bermain dengan seekor riang-riang. | Tatabahasa | 20.10.2014 |
Simpulan Bahasa adalah gabungan dua perkataan yang biasa digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk mengambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan mausia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Rujuk fail yang dilmpirkan. | DBP mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. Peribahasa Tekak Biawak memang wujud. Kemungkinan dalam penyusunan buku peribahasa, peribahasa tekak biawak ini telah terlepas pandang. Pihak kami mengambil maklum. Peribahasa ini akan dimasukkan dalam penyusunan buku peribahasa akan dating. | Lain-lain | 11.08.2016 |
Yg mana jawapannya. Kedudukannya dalam syarikat itu ----------kerana ramai pekerja baharu yang lebih berpendidikan daripadanya. A. seperti ikan dalam belat B. seperti aur dengan tebing C. seperti telur di hujung tanduk D. seperti mendukung biawak hidup. | Saudara, Jawapan yang sesuai ialah seperti telur di hujung tanduk. | Tatabahasa | 25.08.2010 |