Apakah perbezaan antara rujukan dan bibliografi? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kedua-dua perkataan adalah seperti yang berikut: 1. rujukan - keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk 2. bibliografi - 1. senarai terbitan (buku dan lain-lain) tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang 2. senarai buku, makalah, dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya. | Makna | 08.05.2012 |
BAGAIMANAKAH MENULIS BIBLIOGRAFI YANG BETUL BAGI SUMBER BUKU, MAJALAH DAN LAMAN WEB | Saudara/saudari, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak perlu dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, saudara/saudari dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 23.04.2009 |
Tuan/Puan, Apakah perbezaan di antara bibliografi dengan bibliografik? | Perkataan yang betul ialah bibliografi yang bermaksud 1. senarai terbitan (buku dan lain-lain tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang 2. senarai buku, makalah dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya. | Istilah | 16.12.2016 |
Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam ….. Karim halim, dato',2007. gunung ganang….? | Puan Nurulhuda, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Salam 1Malaysia Bagaimanakah caranya untuk menulis rujukan atau bibilografi untuk rujukan yang diperolehi dari: 1. Surat khabar 2. Laman sesawang 3. Majalah Terima kasih | Contoh penulisan bibliografi: 1. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Berita Harian, 11 November 2013.. 2. Samad Ahmad, 2013. "Santun Berbahasa". www.dbp.gov.my. 3. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Dewan Budaya, Ogos 2013. | Lain-lain | 08.01.2014 |
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza? | Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama. | Tatabahasa | 28.04.2012 |
Bagaimana untuk menulis bibliografi seperti berikut? Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman (Shohih Muslim) (14121). | Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman. Shohih Muslim. 14121.
| Ejaan | 07.08.2015 |
Salam, Apakah yang dimaksudkan dengan "redaktur ahli" yang biasanya wujud dalam bibliografi bahasa Indonesia? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "redaktur ahli" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, redaktur bermaksud 1. orang yang menangani bidang redaksi 2. pemimpin (ketua atau penerbit) surat khabar dan sebagainya. | Makna | 24.01.2014 |
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ | Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet: (a) Nama pengarang.1"> (b) Tarikh data dalam tanda kurung. (c) Tajuk bahan. (d) Nama penerbit. (e) Alamat laman sesawang. (f) Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung. CONTOH: Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. Columbia University Press. http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html (23 Mei 2002). Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”. 1"> Berita Terkini. 1"> http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ ( ? )1"> | Lain-lain | 08.07.2015 |
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan. | Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih. | Lain-lain | 13.10.2010 |