Apakah perbezaan antara rujukan dan bibliografi? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kedua-dua perkataan adalah seperti yang berikut: 1. rujukan - keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk 2. bibliografi - 1. senarai terbitan (buku dan lain-lain) tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang 2. senarai buku, makalah, dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya. | Makna | 08.05.2012 |
BAGAIMANAKAH MENULIS BIBLIOGRAFI YANG BETUL BAGI SUMBER BUKU, MAJALAH DAN LAMAN WEB | Saudara/saudari, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak perlu dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, saudara/saudari dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 23.04.2009 |
Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam ….. Karim halim, dato',2007. gunung ganang….? | Puan Nurulhuda, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza? | Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama. | Tatabahasa | 28.04.2012 |
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan. | Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih. | Lain-lain | 13.10.2010 |
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih. | Sdr. Liza, Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut: Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54. (Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh: hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya. | Lain-lain | 12.01.2010 |
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih | Assalamualaikum, 1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca. 3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada). 4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis. Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532. | Lain-lain | 07.03.2010 |
Saya ingin tahu apakah majalah wanita yang pertama diterbitkan di Malaysia dan setakat ini berapa banyak majalah wanita di Malaysia. | Sila rujuk bahan ini : 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff"> | | | | 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff"> | 1&Kata=Hamedi Mohd. Adnan"> | | | 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff"> | 1&Kata=Ahmat Adam"> | | | 1. Akhbar dan Majalah di Malaysia / Jab. Sejarah UKM. 1988 2. Direktori majalah-majalah Melayu sebelum merdeka / Hamedi Mohd Adnan. Penerbit UKM : 2002 3. Sejarah dan bibliografi akhbar dan majalah Melayu abad ke 19 / Ahmat Adam . Penerbit UKM : 1994 | Lain-lain | 18.09.2008 |