Adakah pandu cermat, jiwa selamat merupakan peribahasa? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah. Contohnya, "Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya". Oleh itu, berdasarkan pertanyaan saudara, frasa "Pandu Cermat, Jiwa Selamat" bukan dikategorikan sebagai peribahasa tetapi dikategorikan sebagai slogan atau cogan kata. | Lain-lain | 25.08.2020 |
saya nama Huzaifee sedang belajar Bahasa Melayu dasar University Fatoni ingin bertaya tentang tata bahasa Apakah Maksud Peribahasa? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "peribahasa" merujuk kepada ayat atau kelompok kata yang memÂpunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah. Sebagai contoh "biar mati anak jangan mati adat" | Makna | 03.11.2015 |
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa. Tesaurus Bahasa Melayu DBP menunjukkan simpulan bahasa bukan salah satu sinonim untuk peribahasa. Tolong jangan jawab guna analogi idiom dan proverb dalam bahasa Inggeris. | Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Manakala simpulan bahasa ialah ungkapan yg terdiri drpd 2 perkataan atau lebih dan mempunyai makna berlainan drpd erti perkatan-perkataan yg membentuknya. | Makna | 23.07.2007 |