Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan bagi prasa 'bijiran' , 'bijian' dan 'biji-bijian'?
Bijiran merujuk bijirin. Bijirin merujuk biji-bijian.
Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain. 
Biji-bijian: Segala buah yang berbutir kecil-kecil (seperti padi, gandum, jagung, kacang, dan lain-lain).
Makna13.06.2014
Saya ingin meminta nasihat pihak tuan/puan, penggunaan ayat di bawah yang manakah sesuai untuk menjelaskan bahawa kandungan utama yang digunakan di dalam bijian sarapan pagi adalah bijian penuh. Adakah no 1 atau no 2. 1) Kandungan bijian penuh No 1 2)Bijian Penuh kandungan No 1 sekian terima kasihAyat yang betul ialah Kandungan Bijian Penuh No. 1.Penyemakan dan penterjemahan20.06.2016
Apakah tafsiran yang tepat bagi istilah "Mixed seeds" dalam bahasa melayu? Adakah ia "campuran biji-bijian" atau "campuran biji" ? Seeds yang dimaksudkan ialah seperti biji bunga matahari (sunflower seeds) dan biji labu (pumpkin seeds). Mohon pencerahan. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mixed seeds ialah bijian campuran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.08.2023
1. minyak bijan/minyak bijian? 2. menambah simpanan wang/menambah wang simpanan? Terima kasih DBP kerana sering membantu.
1. Ejaan yang tepat ialah Minyak Bijan 
2. Cadangan penggunaan yang betul ialah wang simpanan, iaitu bermaksud wang yang disimpan untuk masa depan. 

Untuk memudahkan puan membuat rujukan, puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu  Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM (dbp.gov.my).PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah semasa, peribahasa dan sebagainya.

Ejaan26.10.2021
Apakah yang dimaksudkan dengan "kekabuh jelapang" dan "kekabuh padi" dalam bahasa Melayu. Saya minta untuk disertakan nama saintifiknya sekali.​Kekabuh jelapang merupakan serangga perosak yang menyerang bijian manakala kekabuh padi merupakan serangga perosak yang menyerang beras. Nama saintifik bagi kekabuh jelapang dan kekabuh padi tiada dalam data Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna25.12.2023
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.

Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam.

Lain-lain27.01.2012

Kembali ke atas