Apakah perbezaan bagi prasa 'bijiran' , 'bijian' dan 'biji-bijian'? | Bijiran merujuk bijirin. Bijirin merujuk biji-bijian. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain. Biji-bijian: Segala buah yang berbutir kecil-kecil (seperti padi, gandum, jagung, kacang, dan lain-lain). | Makna | 13.06.2014 |
Apakah padanan yang sewajarnya bagi "processed cereal-based food". Padanan yang diberikan dalam teks yang sedang kami semak ialah " makanan diproses yang berasaskan bijirin". Sama ada yang sepatutnya ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses"? | Ayat yang lebih gramatis ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses". | Tatabahasa | 22.07.2021 |
Apakah istilah BM untuk Multigrain Cereal Drink? Bolehkah "Minuman Pelbagai Bijirin" diterima? | Cadangan terjemahan Minuman Pelbagai Bijirin boleh diterima dan digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2018 |
Saya ingin bertanya sama padanan di bawah ini betul: Beta-azarone - Beta-azaron Prepared cereal food - makanan bijirin tersedia hypericine - hiperisina rue oil - minyak rue Spartein - spartein Teucrin A - Teukrin A | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan yang berikut: 1. beta-azarone: beta-azaron 2. prepared cereal food: makanan bijirin tersedia 3. hypericine: hiperisin 4. rue oil: minyak rue 5. spartein: sparteina 6. teucrin A: teukrin A | Istilah | 17.08.2021 |
Tuan, Mohon kepastian daripada tuan. Pepatah sebenar : Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Pegar: sejenis burung/ayam yang makan serangga dan bijirin. Kesilapan pegar menjadi pagar kerana pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Pepatah kedua : Bagai melepas BATOK ditangga. Batok: tempurung yang digunakan menceduk air.Mencuci kaki di tangga. Kesilapan batok menjadi batuk, kerana proses pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Harap tuan dapat mengesahkan maklumat ini. Terima kasih. | Pendapat (kedua-dua peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali peribahasa (asal) yang kita ketahui. | Tatabahasa | 30.12.2011 |
Adakah padanan perkataan “idealises” dengan “tanggapan keunggulan” dalam ayat di bawah ini betul? 391. (19) No labels of processed cereal-based foods for infants and young children shall display any picture, graphic or text which idealises the use of the product. 391. (19) Tiada label bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil boleh mempamerkan apa-apa gambar, grafik atau tulisan yang memberi tanggapan keunggulan penggunaan produk. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "idealises" ialah yang menggambarkan atau yang menjelaskan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2021 |
Adakah perkataan "progressively diversified diet' dalam ayat di bawah ini diberikan padanan yang betul? Processed cereal-based foods for infants and young children 391. (1) Processed cereal-based foods for infants and young children— (a) are intended for feeding infants as a complementary food generally from the age of six months onwards, taking into account infants’ individual nutritional requirements, and for feeding young children as part of a progressively diversified diet; Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil 391. (1) Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil— (a) adalah bertujuan untuk diberi makan kepada bayi sebagai makanan pelengkap biasanya daripada umur enam bulan ke atas, dengan mengambil kira keperluan pemakanan bayi secara individu, dan untuk diberi makan kepada kanak-kanak kecil sebagai sebahagian daripada diet progresif pelbagai | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi progressively diversified diet ialah diet perkembangan pelbagai atau diet tumbesaran pelbagai. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2021 |
Adakah padanan “presented as such” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “disediakan sedemikian”. 391.(7) The protein content of the processed cereal-based foods for infants and young children shall be as follows: (c) For products mentioned in subparagraph (1)(c)(iv) which is made with the addition of a high protein food, and presented as such, the added protein shall not be less than 1.5 g per 100 kcal or 0.36 g per 100 kJ. 391.(7) Kandungan protein bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil adalah seperti yang berikut: (c) bagi produk yang disebut dalam subperenggan (1)(c)(iv) yang dibuat dengan penambahan makanan berprotein tinggi, dan disediakan sedemikian, protein yang ditambah hendaklah tidak kurang daripada 1.5 g bagi setiap 100 kcal atau 0.36 g bagi setiap 100 kJ | Padanan bahasa Melayu "disediakan sedemikian" bagi perkataan "presented as such" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Lain-lain | 27.07.2021 |