Manakah yang betul? membayar bil makanan / membayar bil ( situasi di restoran) | Kedua-duanya betul, namun 'membayar bil makanan' lebih menjelaskan situasi tersebut. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasih | Sebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnya | Pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 06.11.2010 |
Berdasarkan soalan lazim bil. 237. ayat `...e-melkan kepada aswadi@yahoo.com`dikatakan betul oleh pihak tuan. Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Pada saya, e-melkan ialah kata kerja transitif, oleh itu tidak boleh diikuti dengan sendi nama `kepada` sebaliknya objek. Oleh itu, ayat `...e-melkan borang tersebut kepada aswadi@yahoo.com ` lebih tepat. Apakah pendapat tuan ? | Pandangan saudara betul, kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek untuk melengkapkan maksudnya. Ayat yang betul; "Sila e-melkan borang tersebut kepada kami di ..." | Tatabahasa | 10.04.2009 |
Slmt sejahtera, saya ingin tahu bil yang terbaru saya. Nama: Yong Siew Chin Alamat: 14A-2, Jln Melaka Raya 14, Tmn Melaka Raya, 75000 Melaka. Sekian, terima kasih. | Maaf, apakah soalan yang ingin sdr. kemukakan? Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut: Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.
| Lain-lain | 04.01.2011 |
kekeliruan berkaitan dengan koleksi lembar bahasa bil 1 2007. Ejaan yang betul dan salah sama sahaja.Tidak pasti mana satu yang betul. Antaranya:Arkitek,atlet,atur cara,baik pulih dan banyak lagi yang mengelirukan pengguna. saya juga keliru dengan ejaan yang ditulis betul seperti cedekiawan,definisi ditulis fefinisi dan istirahat ditulis isytirahat. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai. | Saudara boleh mendapatkan cetakan terbaru lembar tersebut melalui laman web DBP www.dbp.gov.my pada halaman Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. | Lain-lain | 21.10.2009 |
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP. | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna. | Lain-lain | 10.05.2013 |
Bahagian Lembar Bahasa di web terdapat satu kesalahan. Bil. 442, Segelintir daripada pemohon-pemohon (Salah) Segelintar daripada pemohon (Betul) [2/2003(11)] Kesalahan: Segelintar | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak kami akan menyemak perkara ini. | Lain-lain | 29.05.2008 |
Makna perkataan penender, petender dan pentender. Dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 menggunakan perkataan Petender - merujuk kpd pembekal @ syarikat. Adakah perkataan Petender ini betul penggunaannya | Petender ialah orang (syarikat dsb) yang mendapat tender, penender ialah orang (pihak dsb) yang membuat atau memberi tender, manakala kata pentender tidak ada dalam bahasa Melayu. Merujuk makna dalam kamus, kata petender yang digunakan dalam Surat Pekeliling tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 02.09.2010 |
salam, tuan kata banyak adakah kata bilangan atau kata adjektif.Saya sering gunakan kata banyak sebagai kata bil tak tentu adakah tepat? mohon penjelasan | Saudara, kata "banyak" ialah kata bilangan tak tentu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 287 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 22.10.2010 |