Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilakan

Puisi
 

Apa guna menggali perigi,
     Air masin bilakan tawar;
Apa guna bernikah lari,
     Nama baik jadi tercemar.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bilakan istilah leksikologi pertama kali dimasukkan dalam Kamus Dewan?

Dr. Nathesan,

Istilah leksikologi pertama kali dimasukkan di dalam Kamus Dewan pada tahun 1994, iaitu di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. 

Lain-lain15.11.2010
Assalamualaikum. Apakah maksud "bilakan"? Terima kasih.Sila kemukakan  perkataan bilakan dalam konteks penggunaan dalam beberapa ayat contoh untuk kami dapat mencari maksudnya.Makna21.07.2017
saya suka baju biru /saya suka baju berwarna biru. kedua-dua ayat ini betul? Bilakan perkataan berwarna mesti digunakan? terima kasih.Kedua-dua ayat betul, perkataan berwarna lazimnya digunakan apabila hendak menegaskan sesuatu. Contohnya baju yang berwarna biru itu saya punya.Tatabahasa04.08.2013
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin membuat semakan ejaan yang tepat dan betul bagi nama tempat Chukai, Kemaman Terengganu..apakah ejaan tepat dan betul..CHUKAI atau CUKAI. Bilakan nama tempat ini digazetkan..sebelum atau selepas tahun 1972? Terima kasih.Ejaan untuk nama-nama tempat yang telah digazetkan sebelum 1972 dikekalkan. Hanya nama-nama tempat selepas 1972 ditukarkan kepada sistem ejaan baru. Ejaan yang betul bagi nama tempat ialah CHUKAIEjaan17.06.2019

Kembali ke atas