JIKA BILANGAN BANYAK DIKATA SEMANGKUK KERANG JIKA SATU DIPANGIL APA | Encik Mohamad Zaki, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Sebenarnya tidak semua benda mesti mempunyai penjodoh bilangannya. Kerang umpamanya sering disukat dengan mangkok, kilo, longgok dan sebagainya. Namun untuk satu kerang jarang sekali ada penjidoh bilangannya. Setakat ini hanya inilah jawapan yang boleh kami berikan. | Tatabahasa | 08.07.2009 |
mengapa hantu penjodoh bilangannya seekor? bukankah hantu itu benda abstrak atau benda yang tidak dikenal pasti seperti angin. | Penjodoh bilangan bagi hantu ialah ekor kerana hantu bukan manusia atau benda. | Lain-lain | 09.03.2010 |
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk jambatan? sebuah atau sebatang? sebelum ini saya pernah terbaca buku rujukan yang menyatakan bahawa cendawan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Adakah itu betu? | 1. Sebuah jambatan. 2. Ramai juga penulis yang menggunakan 'sekaki' cendawan merujuk kepada cendawan yang besar hampir sebesar payung. Namun ada juga yang menggunakan kuntum sebagai penjodoh bilangannya. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Salam sejahtera..adakah ayat ini betul penggunaan penjodoh bilangannya? 1.Pak Abu makan dua biji ubi rebus sebagai alas perut 2. Dia mempunyai sebuah cita-cita | Ayat yang betul ialah: 1.Pak Abu makan dua batang ubi rebus sebagai alas perut. 2. Dia mempunyai sebuah cita-cita. | Tatabahasa | 16.10.2020 |
Saya hendak bertanya, apakah penjodoh bilangan untuk pasu? adakah penjodoh bilangannya buah? contoh ayat, "ibu membeli tiga buah pasu." | Penjodoh yang sesuai ialah "sebuah pasu bunga". | Tatabahasa | 17.12.2015 |
Penjodoh bilangan untuk belon. Ayat:Se_______belon telah meletup. Apakah penjodoh bilangannya jika belon itu banyak dan talinya diikat? Adakah seikat belon atau segugus ? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang betul ialah seikat belon. | Lain-lain | 15.06.2009 |
Apakah penjodoh bilangan untuk kerang? | Saudara Nurina, Bukan semua benda ada penjodoh bilangannya. Kerang boleh diberi penjodoh bilangan mengikut cara kerang tersebut dikumpulkan atau mengikut berat, contohnya semangkuk kerang atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Sekiranya gambar getah pemadam berbentuk segi empat, apakah penjodoh bilangan yang betul? se__________ getah pemadam | Penjodoh bilangannya ialah sebiji. | Tatabahasa | 08.05.2008 |
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang, kepah dan siput sedut ? (Biji, ketul atau ekor) Adakah SEMUA haiwan penjodoh bilangannya 'ekor'? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
APA BEZAAN RAMAI DENGAN BANYAK | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 22.06.2015 |