ingin mencari nama pada tanda-tanda disebuah bangunan. contoh: AHU ROOM dalam bahasa melayu BILIK AHU. UTILITY ROOM dalam bahasa melayu BILIK UTILITY | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: i. Bilik AHU ii. Bilik Utiliti | Istilah | 20.11.2009 |
Saya ingin bertanya perihal perkataan 'pun'. 1) Adakah ianya boleh digunakan di akhir ayat seperti dalam ayat berikut: Di bilik itu tiada sesiapa pun. 2) Dalam ayat-ayat berikut, ayat yang manakah mengandungi kesilapan penggunaan 'pun'? i) Di bilik ini tiada sebuah pun kerusi. ii) Di bilik ini tiada sebuah kerusi pun. iii) Di bilik ini sebuah kerusi pun tiada. Terima kasih. | Kata penegas pun ditulis terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud: (a) juga - Adik pun ingin pergi ke pasar (b) bahkan - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari. (c) biar - Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan meneruskannya. (d) menguatkan pokok ayat - Tidak ada seorang pun calon yang gagal dalam ujian itu. (e) turutan - Selepas itu, pasukan polis pun bertindak. (f) penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh masuk./Apa-apa pun boleh dibincangkan. Merujuk pertanyaan daripada tuan, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut 1. Di bilik itu tiada sesiapa pun. (√) 2. Di bilik ini tiada sebuah pun kerusi (×) 3. Di bilik ini tiada sebuah kerusi pun (√) 4. Di bilik ini sebuah kerusi pun tiada (√) | Tatabahasa | 07.02.2019 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
1. Ayat yang manakah yang betul? I semasa mesyuarat itu, Fauzi mempertajam percakapannya. II pembacaan dapat mempertajam pemikiran. III Pak Ramli mempertajam parangnya. IV Raziah mempertajam telinganya di dalam bilik. 2. perkataan yang manakah yang tepat? kita perlu minum untuk menggantikan/mengganti air yang keluar dari/ daripada badan. | Ayat yang betul ialah, "Pembacaan dapat mempertajam pemikiran" dan "kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan" | Tatabahasa | 31.10.2007 |
salam.saya igin kepastian utk ayat2 ini.pilihan jwpn trdiri dr 2 jwpn.ayat2nya ialah : I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? II. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? III. Mengapa kita harus berkumpul di bilik makmal komputer? IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni? | Jawapan yang betula ialah I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? dan IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni? | Tatabahasa | 13.08.2012 |
penggunaan boleh/dapat yang betul. 1. penggunaan alat kecantikan dapat/boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. 2. Antaranya cara yang dapat/boleh dicuba oleh seseorang yang ingin berhenti merokok adalah... 3.Kelambu pula dapat/boleh dipasang di bilik. 4. .....,menjadi pengedar pun dapat/boleh menjadi kaya. 5.wabak yang berbahaya dapat/boleh membawa maut. 6. untuk menegathui status kad pengenalan,seseorang dapat/boleh melayari laman web.. | Saudara Azmazaira, Perkataan 'boleh' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keizinan atau kebenaran, manakala perkataan 'dapat' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keupayaan atau kemampuan. Jawapan bagi ayat yang di atas ialah : i. dapat ii. dapat iii. boleh iv. dapat v. dapat vi. boleh | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Apakah perbezaan besar antara penggunaan "Adalah" dan "Ialah" ? apakah jenis frasa di sebelum atau selepas Ialah/Adalah yang menentukan penggunaannya? | Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah (FN+FN). Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA). Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 15.11.2023 |
beza penggunaan ialah dan adalah | Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN). Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA). Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 06.11.2023 |
Pertanyaan tentang penggunaan ialah dan adalah Ayat yang mana satu betul. a. Antara kebaikan membaca ialah menambahkan ilmu pengetahuan. b. Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan. | Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN). Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA). Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada tuan/puan ialah: Antara kebaikan membaca adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan. | Tatabahasa | 25.08.2019 |
Jawapan yang manakah betul berdasarkan soalan berikut? Apakah tujuan penganjuran lawatan sambil belajar? a. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar ialah memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. b. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. | Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN). Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA). Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada tuan/puan ialah: Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. | Tatabahasa | 25.08.2019 |