Salam sejahtera. Ayat yang berikut betul? (1) Sekolah saya ada 43 buah bilik darjah. (2) Di sekolah saya ada 43 buah bilik darjah. (3) Di sekolah saya terdapat 43 buah bilik darjah. ( 4) Terdapat 43 buah bilik darjah di sekolah saya. (5) Sekolah saya mempunyai 43 buah bilik darjah. | Semua ayat betul. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
Antara berikut ayat tanya manakah yang betul? 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? (Atau) 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? Apakah perbezaan antara menghiaskan dan menghiasi? Terima kasih. | Ayat 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiaskan, iaitu berakhiran dengan “kan” dan objeknya ialah “bilik darjah”. Jika KKT berakhiran “kan” , objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama (Jalur Gemilang) yang mengikutinya . Di sini, bilik darjah tidak “bergerak” ( tiada pergerakan) secara langsung ke arah kata nama yang mengikutinya, iaitu Jalur Gemilang. Oleh itu, ayat yang sepatutnya ialah Mengapakah cikgu menghiaskan Jalur Gemilang di dalam bilik darjah kita atau sekiranya hendak dikekalkan ayat tersebut, “kan” perlu digugurkan menjadi Mengapakah cikgu menghias bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Ayat 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiasi, iaitu berakhiran dengan "i" dan objeknya ialah “bilik darjah”. Bagi KKT berakhiran “i” , objek ( bilik darjah) hadir langsung lepas KKT berakhiran “i” dengan maksud makna KKT langsung kena pada objek. Tiada unsur “pergerakan” diri objek. Objek berkeadaan pasif dan menerima makna KKT. Oleh itu, ayat ini betul. Perbezaan kedua-dua ayat ini terletak pada (a) Jika KKT berakhiran "i' , objek hadir terus ( langsung) lepas KKT lalu menerima maksud yang terkandung dalam KK itu. Objek tersebut bersifat pasif ( tak bergerak). (b) Jika KKT berakhiran "kan" objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama yang mengikutinya.
| Tatabahasa | 21.02.2018 |
Mereka membersihkan bilik darjah. Jika saya menukarkan ayat aktif seperti di atas ke ayat pasif, ayat 1 @ ayat 2 betul? 1. Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. 2. Bilik darjah mereka bersihkan. TQ | Kedua-dua ayat pasif tersebut betul. Walau bagaimanapun ayat pasif bagi ayat aktif tersebut ialah Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
Tuan, Saya ingin mendapatkan nasihat tuan tentang penggunaan frasa yang betul bagi ayat berikut: 1. Suasana di dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 2. Suasana dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 3. Suasana di bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. Terima kasih, tuan. | Ayat yang gramatis ialah "Suasana di dalam bilik darjah itu riuh-rendah." | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Asalamualaikum, Saya ingin kepastian beza diantara maksud perkataan guru kelas, guru tingkatan dengan guru bilik darjah. | Penggunaan istilah guru kelas, guru tingkatan dan guru bilik darjah bergantung pada konteks sekolah. Istilah guru kelas boleh digunakan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi guru tingkatan pula, digunakan untuk sekolah menengah. Jika sekolah rendah, digunakan guru bilik darjah. | Istilah | 26.02.2010 |
Cikgu, ayat yang manakah betul? 1. Guru memisahkan Siew Ling daripada kawan-kawannya di bilik darjah. 2. Guru memisahkan Siew Ling dengan kawan-kawannya di bilik darjah. Kata sendi nama "dengan" atau "daripada" lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut? | Penggunaan kata sendi nama "daripada" seperti dalam ayat pertama adalah betul. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
1. Adakah maksud kelas berbeza dgn bilik darjah? 2(a) Cikgu sedang mengajar di depan kelas. (b) Murid-murid beratur di luar kelas. Adakah kedua-dua ayat tersebut salah? Terima kasih | Kelas dan bilik darjah membawa maksud yang sama. Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Makna | 10.02.2017 |
Selamat sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Bilik darjah itu sangat cantik selepas mereka hias". Adakah ayat ini salah? | Ayat ini betul "Bilik darjah itu sangat cantik selepas mereka hias" iaitu penyusunan semula ayat songsang daripada ayat “Selepas mereka hias bilik darjah itu sangat cantik” | Tatabahasa | 10.08.2020 |
Adakah ayat berikut betul? "Apakah yang ada dalam bilik darjah kamu? Sila tunjuk dan namakan." Adakah perkataab "di" perlu diletakkan di hadapan perkataan "dalam"? | Ayat yang betul ialah apakah yang ada di dalam bilik darjah kamu? | Lain-lain | 19.10.2017 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum dalam bilik darjah. 2. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah. Sekian, wassalam. | Ayat yang betul ialah "Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah." - kerana di dalam menunjukkan tempat yang ada ruang. | Tatabahasa | 02.02.2010 |